Haji Hadi akhirnya terpaksa berlembut (bahasa baiknye), akibat sergahan daripada Karpal "The King" Singh. Gua tak pandai sangat menilai apa yang tersirat daripada yang tersurat, tapi sidang media yang dibuat ini menampakkan taring yang ada pada Hadi sebenarnya telah dipatahkan. Klik sini untuk lihat "Sergahan the King"
KUALA LUMPUR 13 Mei - PAS telah mempelawa Pengerusi DAP Karpal Singh untuk meraikan perbezaan pandangan kedua-dua parti tersebut susulan tindakannya mempersoalkan agenda Islam yang diperjuangan Parti tersebut.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, Karpal Singh sewajarnya memberi tumpuan agenda bersama menerusi kerjasama Pakatan dan tidak mempersoalkan agenda Islam sebagai serangan politik pada ketika ini.
Katanya, gabungan DAP, PKR dan PAS telah bersetuju membentuk sebuah kerajaan yang memberi fokus terhadap isu telah dimeterai bersama termasuklah berkaitan pembasmian kemiskinan, Islam sebagai Agama Persekutuan, Keadilan, Kedudukan Istimewa Bangsa Melayu dan sistem Raja Berperlembagaan.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini mengecam kenyataan Presiden PAS yang kembali membangkitkan perjuangan perlaksanaan Hukum Hudud jika Pakatan menguasai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke 13 . SUMBER : Minda Intelek Melayu
Jasa UMNO untuk petani: Berani bina projek gergasi di tengah sarang komunis
-
Walaupun gerila Parti Komunis Malaya (PKM) sedang mengganas dan ancaman
keselamatan ada di mana-mana, kerajaan Perikatan yang diketuai UMNO tetap
berteka...




0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....