Nuffnang

HIDUP BELIA!!! VIDEO ANAK MUDA DAN PELAKON DRAMA TV

Siapa anak muda? Apa ertinya anak muda? Siapa yang sepatutnya menjaga dan menyelaras pembangunan dan aktiviti mereka. Persoalan demi persoalan seringkali dilontarkan dari segenap sudut tentang siapakah yang paling bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan anak muda.

 

 
Bagi menjelaskan lebih terperinci, gua nak petik sedikit daripada AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007.

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “aktiviti belia” ertinya apa-apa aktiviti melibatkan belia yang antara objektifnya termasuklah yang berikut:

(a) untuk membina peribadi belia;
(b) untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia;
(c) untuk menyebarkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
(d) untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur dan nilai negatif;
(e) untuk membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial;
(f) untuk memberikan peluang bagi penyertaan belia dalam program pembangunan komuniti bandar dan luar bandar;

(g) untuk memberikan peluang bagi latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan; dan
(h) untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup;
Sementara itu, “belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun.

Himpunan Jutaan Belia Anjuran KBS


Menurut Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan), sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terdapat 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dalam pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang dijalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakat.

Namun begitu, Shabery menambah bahawa tidak mungkin mana-mana kerajaan yang mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu negaranya termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan serta kelainan tertentu yang boleh menguasai seterusnya mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan. Baca lagi di Suara Generasi Baru.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top