Nuffnang

BELIA MALAYSIA BANTU MANGSA BANJIR DI BANGKOK


Zaidi Aziz selaku Setiausaha Agong MBM mengetuai sukarelawan dari Majlis Belia Malaysia (MBM) membantu membersihkan jalan kampong Tan Bon Bang Rakam, Daerah Nakhon Pathom, Thailand.

BANGKOK-Seramai tujuh puluh peserta yang terdiri daripada sukarelawan Belia di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) dan disokong oleh pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, telah berkonvoi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda sebanyak dua puluh satu buah dan satu kontena empat puluh kaki lengkap dengan barangan bantuan dan perubatan telah ke Bangkok Thailand bagi membantu mangsa selepas banjir di sana baru-baru ini.

Antara tempat-tempat yang menjadi persinggahan kumpulan konvoi ini menabur bakti ialah Sekolah Saipanya Rangsit di Daerah Pathum Thani, kawasan perkampungan Banglaen di Daerah Nakhon Pathom dan Daerah Samut Sakhon. Kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pasukan sukarelawan Malaysia yang berganding bahu dengan penduduk-penduduk tempatan.

Ketua kampung Tam Bon Bang Rakam dari daerah Nakhon Pathom mengatakan beliau begitu terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh sukarelawan Malaysia yang sanggup untuk datang dari jauh untuk membantu dan membersihkan kawasan kampung mereka.

Menurut Encik Mohd Zaidi Aziz Setiausaha Agong Majlis Belia Malaysia yang turut serta menyertai misi bantuan ini, “kami menyahut saranan YB Menteri Belia dan Sukan untuk bergerak menjayakan misi ini”, tambah beliau lagi “walaupun bantuan kami tidak seberapa tetapi pihak Thai begitu meghargainya”.

Secara keseluruhannya misi bantuan selepas banjir ini bukan sahaja dapat membina hubungan baik antara kedua Negara, sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban jiran utara negara yang telah dilanda bencana alam baru baru ini.

Sumber : Majlis Belia Malaysia http://belia.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=560:misi-bantuan-selepas-banjir-bangkok-thailand-mbm-sahut-cabaran-yb-menteri-belia-dan-sukan&catid=86:mejambm
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top