Nuffnang

ELIZABETH WONG DIBOGELKAN SEKALI LAGI

Panas....panas....
Isu kemasukan peninju Muay Thai dari Israel terus dibongkar oleh blogger-blogger yang setia mempertahankan kebenaran. Kalau sebelum ini kecoh Menteri Belia, Dato Ahmad Shabery Cheek diserang kerana dikatakan memberi kebenaran peninju tersebut dibawa masuk bertanding di Malaysia, tapi rupa-rupanya usaha membawa masuk Ilya Grad ini telah bermula dari tahun 2009 lagi.

Bukan setakat itu, siap dengan perjanjian pulangan berapa peratusnya daripada jumlah penajaan serta dari jumlah jualan tiket seperti mana yang didedahkan oleh blog MIK. Saya sertakan tulisan MIK untuk tatapan anda semua.

.....................................


Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realiti , ‘The Challenger Muay Thai’ yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong.

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.

“Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Demikianlah petikan respon yang diberikan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang cuba sedaya upaya menepis penglibatan kerajaan Khalid Gagap dalam isu peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai satu pertandingan dinegara ini.

Dibawah ini, disajikan bukti sahih penglibatan kerajaan Negeri Selangor yang membelanjakan Wang Rakyat Selangor sebanyak RM5 Juta untuk program yang melibatkan penyertaan peninju Israel, Ilya Grad. Iya, WANG RAKYAT Selangor sebesar RM5,000,000.00...!!!


Sebagai Exco, Elizabeth adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, dimana Tourism Selangor Sdn Bhd berada dibawah portfolio tersebut.

Tersangat mustahil sekiranya pihak Kerajaan Negeri Selangor menyatakan tidak tahu menahu mengenai penyertaan peninju dari Israel akan hadir, memandangkan tajaan RM5 Juta telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Disember 2009 lagi dan surat diatas dikeluarkan pada 3 Disember 2009...
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top