Nuffnang

POLITIK IBU SEGALA ILMU

Politik itu ibu kepada segala ilmu- Aminudin Mansor

Jika dilihat dari satu segi, politik sememangnya boleh merangkumi kesemua aktiviti manusia. Politik sejak zaman Yunani kini ada sains politik moden boleh dikatakan satu cabang ilmu yang dipelopori ahli-ahli fikir Yunani seperti Plato dan Aristotle.

Bagi ahli-ahli fikir Yunani, manusia itu semula jadi haiwan politik, dan semua jenis perhubungan manusia dalam masyarakat bersifat politikal. Bagi Aristotle, ilmu politik itu adalah ibu kepada segala ilmu.

Dalam kehidupan seharian kita sering dengar ungkapan seperti “politik pejabat”, “Politik rumah tangga”. “politik kepartian”. Terdapat juga “politik” di rumah, di pejabat, di kelab, di sekolah, di masjid dan di padang bola.

Apabila dikatakan politik itu ibu segala ilmu ia meliputi ilmu berkaitan pendidikan, agama, ekonomi, sosial dan budaya. Ia melibatkan kuasa, semua individu dalam masyarakat akan bersifat “politikal”.

Justeru, apabila seseorang itu mengundi, menunjuk perasaan, berdemonstrasi, menandatangani surat rayuan, membayar cukai (dan mengingkarinya), menghantar memorandum, memohon dan ingin mendapatkan subsidi, menjadi sebahagian daripada proses politik dalam erti kata ini.

Oleh itu, sebagai rakyat biasa yang juga pengundi mestilah memahami telatah orang politik ketika mereka memberi ceramah dan dengan segala propaganda serta janji-janji politik yang kadang-kadang manis didengar, tetapi tak pernah ada bukti pelaksanaannya. Melaluinya dapat membantu memahami tentang konsep penting dan juga agenda orang politik.

Kejayaan ahli politik sebenarnya adalah mengikut apa yang digariskan oleh parti bertujuan kebajikan dan membantu rakyat dalam hal-hal tertentu. Pemimpin politik juga harus menjunjung kedaulatan negara, bukan memusnahkan apa yang telah diasaskan oleh mereka yang terdahulu.

Kuasa mereka yang tidak terlibat dalam politik adalah melalui undi yang dilakukan apabila tiba masa pilihan raya. Pada masa ini kalangan pemimpin politik yang pandai berjanji, tetapi tidak menunaikannya harus ditolak semasa pilihan raya oleh pengundi iaitu rakyat biasa. Di sinilah letaknya kuasa pengundi yang wajar ditakuti oleh pemimpin politik.

* Penulis pengamal media PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.
Dipetik daripada Sinar Harian Online
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top