Nuffnang

VIDEO : Penumpang Rayani Air Mengamuk Penerbangan Dibatalkan


KUALA LUMPUR: Penerbangan Rayani pada yang sepatutnya berlepas kira-kira jam 7.45 pagi dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu telah dibatalkan menyebabkan penumpang yang sudah membeli tiket mula berang dan menyerbu kaunter syarikat penerbangan berkenaan.
Menurut seorang penumpang, Zulhafiq Halim, menyatakan rasa kecewa dengan kejadian berkenaan di mana dia bersama 11 keluarga dan rakan-rakan terkandas.

"Flight dah delay dua hari, ada yang petang ini dijadualkan akan mengangkat nikah, ada yang perlu menghadiri mesyuarat penting, ada yang mempunyai urusan keluarga."

"Apabila ditanya kepada pihak pengurusan mereka tidak mampu menjawab apa-apa, mereka langsung tidak menampakkan diri, kesian front desk officer sebab kena maki hamun dengan penumpang," katanya.

Menurutnya, Zulhafiq lagi, penumpang tidak dimaklumkan terlebih awal dengan pembatalan itu dan hanya dimaklumkan apabila tiba di kaunter.

"Kami tidak dimaklumkan dengan oleh pihak Rayani Air tentang pembatalan ini lebih awal melalui emel atau SMS, alasan yang diterima apabila sampai di kaunter ialah kapal terbang rosak dan sedang dibaiki," katanya dengan yang jelas kecewa.

Menurut beliau lagi, penumpang telah mengisi borang untuk pemulangan bayaran tiket yang telah dibeli dan katanya pihak Rayani Air memaklumkan bahawa bayaran akan diperolehi minima 30 hari dari hari ini.

Berdasarkan rakaman video, penumpang dilihat cuba meminta penjelasan daripada staff di kaunter bertubi-tubi sehingga mereka terpaksa memanggil pihak polis bantuan lapangan terbang untuk menenangkan keadaan.

Menurut penumpang, ada mereka telah terkandas dari semalam lagi bagi penergangan beberapa penerbangan ke destinasi lain seperti Kota Bharu dan kes ini menjadi makin besar apabila penerbangan hari ini turut dibatalkan dan tiada sebarang kata putus dari syarikat penerbangan berkenaan. 

Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top