Nuffnang

TUHAN MAHA ADIL : Lagi Penipuan Guan Eng Dibongkar!!!


Kebenaran akan terserlah akhirnya. Walau sebaik mana "disimpan", lambat laun ia akan dikesan dan terbongkar jua. Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa cuba memanipulasi kenyataannya sendiri berhubung status hartanah di Taman Manggis di Georgetown.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata Guan Eng dinasihatkan supaya menyemak semula kenyataan beliau berhubung isu berkenaan kerana ia didakwa tidak selari dengan apa yang dinyatakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2012 lalu.

“Sebelum ini dalam sidang DUN Pulau Pinang beliau ada nyatakan bahawa tanah berkeluasan kurang 0.8 hektar di Taman Manggis itu tidak sesuai untuk pembinaan PPRT dan kenyataan itu ada dalam rekod rasmi bercetak perbahasan (hansard).

“Bagaimanapun, dalam kenyataan terkininya, Guan Eng mendakwa yang kerajaan negeri tidak tahu status hartanah berkenaan asalnya diperuntukkan bagi pembinaan PPRT. Ia adalah satu perkara yang tidak masuk akal,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Dalam sidang media tengah hari tadi, Guan Eng berkata, kerajaan negeri memuktamadkan tawaran pembinaan hospital pakar di tapak berkenaan, berikutan tidak tahu ia asalnya diperuntukkan bagi pembinaan PPRT.

Abdul Rahman berkata, beliau menasihatkan Guan Eng supaya bangun daripada lamunan dan berhenti menuding jari atau menyalahkan pihak lain berhubung salah laku dalam urus tadbir Kerajaan DAP Pulau Pinang. – BH.

Isu Pembelian Rumah

Ketua Menteri Lim Guan Eng menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn, di sini yang berharga RM2.8 juta.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Lim berkata beliau yakin bahawa tidak ada sebarang unsur amalan rasuah dalam isu pembelian rumah berkenaan yang cuba dikaitkan dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis, di sini.

Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta untuk membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Lim di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM untuk menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Dalam pada itu, Lim turut mempersoalkan kenyataan SPRM Pulau Pinang bahawa suruhanjaya itu pernah menjalankan siasatan sebelum ini berkaitan penyewaan rumah olehnya pada 2009.

Katanya beliau tidak pernah disoal siasat oleh SPRM berhubung penyewaan rumah sebanyak RM5,000 sebulan sebelum beliau membelinya.

Sementara itu, Lim ketika ditemui selepas majlis pelancaran alat Defibrilator Luaran Automatik di Taman Botani, di sini berkata beliau bersedia untuk memberi penjelasan berhubung isu itu di Parlimen jika diberi peluang berbuat demikian. – BERNAMA
Share this article

7 Komen:

  1. Ini lah perangai pemimpin parti 'Daddy Anak Parti' yg sebonarnya. Dulu PAS-piss-pussy sikit punya sanjung. Mujuq lah yg sanjung tu semua dah kena terajang keluaq tubuh parti Hampeh. Kalau PAS yang ada le ni terus kekal bersih dan terlibat dengan parti LGBT PKR-'Parti Kencing Rakyat', harus undi aku berpindah ke depa. Tak kuasa aku nak pangkah BN selagi Lanun Bugis tu dok bermaharajalela.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ....'tak terlibat dengan parti LGBT'....typo error

      Padam
    2. baru memerintah dua penggal dah pandai menyeleweng duit rakyat.. kalau bg negara ni lg byk dia blh tipu.. sebenarnya mrk ni berlumba2 nak menipu rakyat.. apa2 pun padan muka org PP...sikit pun tak kesian harap lge kasi habis duit PP sblm dia blah..

      Padam
  2. ....'tak terlibat dengan parti LGBT'....typo error

    BalasPadam
  3. Ya..memang Allah Maha Adil....semoga pakci makcik uncle aci..kakak abang yang rumah nya kena roboh kampung nya telah lenyap terus berdoa agar si zalim Guan Eng ni Allah balas dengan balasan yang setimpal mana tak dia sekeluarga sedap sedap tidur rumah banglo jutaan ringgit..,kakak makcik atuk nenek dihalau umpama anjing kurap dari rumah sendiri...itulah pemerintah paling zalim umpama yahudi cuma mata je sepetkan..,inilah yang berlaku penduduk palestine kan....tapi yang heran tu kenapa SPRM ni...macam tidur je...

    BalasPadam
  4. Bukan salah Lim Guang Eng tapi salah kepada perpecahan melayu dan sokongan melayu kepada pakatan pembangkang yang membolehkan DAP memerintah Penang. Teruskan kebodohan anda.

    BalasPadam
  5. lantaklah dia nak balun duit rakyat PP.. sbb rakyat PP kan baghal senang di tipu.. ada satu kwn aku ni dulu kemain menghentam kerajaan tak sedar diri, dia dpt belajar itm pun sbb kerajaan BN kalau kerajaan DAP yg memerintah org mcm dia tu tak da merit langsung nak masuk itm.. skrg dah dpt keje mydin lgsg senyap..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top