Nuffnang

Mahathir Semakin "Terbuang"


Kita perlu mengakui bahawa "kita tidak sentiasanya betul" dan mengakui kadang-kadang terkhilaf dalam tindakan serta keputusan yang kita ambil dalam kehidupan ini. Biarpun siapa diri kita, kesilapan dan kekhilafan tidak dapat lari dari mereka yang bernama manusia. Begitu juga yang perlu diakui dan diterima oleh mantan Perdana Menteri ini apabila tindakan beliau untuk bersekongkol dengan pembangkang dalam memperjuangkan "Deklarasi Rakyat" merupakan satu kesilapan besar dalam kehidupannya.

Lantaran mengenang jasa serta sumbangan beliau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, ramai penyokong dan pengikutnya masih setia mempertahankan tindak tanduk beliau dalam mengkritik dan menghentam kerajaan. Namun, itu semua sebelum beliau mengumumkan Deklarasi Rakyat. Segala-galanya berubah dengan drastik selepas itu. Bukan sahaja penyokong-penyokong beliau beralih arah, malah di kalangan parti pembangkang serta ngo yang teguh di belakang beliau turut bertelagah dan berpecah belah.

Andainya Mahathir mendakwa beliau telah "melepaskan" jawatan Penasihat Petronas sebelum dipecat kerajaan, apa pula alasan beliau dengan perkembangan terbaru ini?

Jawatan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penaung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) terlucut secara automatik selepas beliau mengisytiharkan keluar daripada Umno.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Mubarak pagi ini yang menganggap pendirian Dr Mahathir ketika ini bercanggah dengan objektif pertubuhan itu untuk menyokong pemerintahan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tun M dilantik sebagai penaung kerana beliau merupakan ahli Umno dan anggota BN, dan ahli-ahli Mubarak juga terdiri daripada (bekas) Adun, Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang semuanya BN.

"Objektif kita untuk menyokong BN dan memberi sokongan padu kepada kerajaan sedia ada, dan apabila Tun M keluar daripada Umno kali kedua dan bersekongkol pula dengan parti lawan yang menentang BN dan Umno, jadi kita buat keputusan untuk mengucapkan terima kasih kepada khidmat dan sumbangan beliau selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Menandatangani Kenyataan Bersama Mubarak dengan 43 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia Menentang Gerakan Kumpulan Menggulingkan Kerajaan, di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, pihaknya sedih dan terkilan dengan tindakan Dr Mahathir yang menjadi penaung Mubarak sejak 2005 itu mengadakan 'Deklarasi Rakyat' baru-baru ini demi kepentingan peribadinya.

Pada 29 Februari lepas, Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada Umno selepas dilaporkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan ketika ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah keluar daripada Umno pada 19 Mei 2008 selepas beliau dilaporkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan perdana menteri dan presiden Umno ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Terdahulu, Abdul Aziz mengetuai 43 NGO itu antaranya Veteran Umno Malaysia, Gerakan Belia 4B, dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dalam kenyataan bersama menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya gerakan diketuai Dr Mahathir untuk menjatuhkan kepimpinan dan kerajaan.

Beliau berkata sikap dan tindakan yang dibuat oleh gerakan tersebut adalah bertujuan menghasut pemikiran rakyat sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara, agama dan bangsa. 

"Rancangan kumpulan ini untuk mengadakan 'roadshow' di seluruh negara adalah untuk menghasut rakyat supaya menentang kerajaan melalui kaedah 'Arab Spring' yang berkesudahan dengan suasana huru-hara seperti yang dialami beberapa buah negara di Timur Tengah ketika ini," katanya.

Justeru beliau menggesa rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah kumpulan tersebut dan bercadang untuk bekerjasama dengan NGO di peringkat negeri untuk memberi kefahaman kepada rakyat mengenai perlembagaan dan pemerintahan demokrasi di negara ini. - Bernama

Sayang seribu kali sayang andai jalan sebegini yang beliau pilih di penghujung hayatnya. 
Share this article

6 Komen:

  1. Perkembangan terbaru geng dedak lendir mahataik...segala usaha nak jatuhkan Najib tidka berjaya.. skrg mereka ubah taktik.. main 'pujuk2'..muah2 suruh jd cacai mereka secara pujuk rayu..


    Blog lendir Putra Merdeka yg setiap 6 jam akan generate fitnah kutuk maki Najib.. dh nak mampos..org dh xmau masuk dh..bukan stkt baca..nak masuk jenguk pon xmau.. dh

    lendir mahataik buka pulak blog Anak Merdeka.. guna sentimen mendewa2kan mahataik.. mereka tau sentimen kutuk Najib xjalan..

    skrg main kaedah pujuk2.. lepas mahataik terbuang dn sesat dalam najis DAPig..

    buat cerita2 'nostalgia'..buduh mcm lah itu pakai duit bapak Mahataik.. rompak duit negara.. lepas tu buat sikit sebanyak bangunan.. satu generasi duk puja mcm tokong hindu.. pirahhhhh cacai mahataik.. serajah tak boleh dipadam.. Mahazalim perompak negara..

    dh terlajak makan taik dgn DAPig.. dh tk boleh patah balik. makan lah taik dn babie puas2 dgn Lim kit Sial anak beranak.. ajak marina mahataik tu join club Teresa Kok !

    BalasPadam
    Balasan
    1. It is so Nek Tempoyak and cheapskate lap-dogs' trademark comment by 12:30 PG.....you are allowed to stay delusional or just take your medicine. Becoming crazy like this BB blog is not an offence, infact its conditional to be accepted into Bugis-Pirate's camp, understood?

      The country is the prime-motive, Tun M is the vehicle (albeit his contribution is enormous!)...., this said, perhaps you don't get the drill do you?

      Padam
    2. yes agreed ,
      till today no developments in this country under najid only 2,6b 42b etc etc all this figures came from no where
      3 planes one grounded under sea , one missing ,one was attacked somewhere in east europe and one heli exploded
      a lots more unmentioned but will be coming i guest

      Padam
  2. Tun x kisah pun.MUBARAK je lupa diri,skrg dapat dedak besar.TUN senang2 je dapat anugerah dari luar.nilah THE TRUE SAVIOUR OF ALL MANKIND.bkn macam najib baru nak tanya soalan dah cabut lari.itu bkn jiwa besar tapi jiwa ciput.mana ada kelas nak jadi pemimpin besar.

    BalasPadam
  3. Bukan cabut lari...cuma malas nak jawab soalan bodoh...kalau jawab nanti tanya lagi jawab lagi tanya lagi...sampai bila pun manusia yang hatinya dah busuk bernanah tu tak kan puas hati selagi niat hati mereka tak kesampaian...oleh itu dari buang masa jawab soalan bodoh dari puak2 yang terbakar hati tu lagi elok Pm Najib jalankan tugas sebagai perdana menteri yang telah diamanahkan rakyat ..mana lebih afdal....kepentingan rakyat ramai atau sekelompok rakyat yang asyik tak puas hati memanjang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. org bodoh pasti dapat soalan bodoh
      jika kita perompak soalan pun pasal perompak
      jadi renung2kan hingga kamu jadi ikan termenung
      najib- kamu suka sbb apa ? Aku ? No No

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top