Nuffnang

Cubaan Majlis Peguam Cabar YDP Agong?


KUALA LUMPUR: Seorang peguam berkata cadangan Badan Peguam Malaysia meminta Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara samalah seperti mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan penyingkirannya juga atas perkenan baginda sekiranya baginda memutuskan Peguam Negara tidak layak atau tidak mampu menunaikan tugasnya.

Badan Peguam Malaysia akan membahaskan pada mesyuarat agung tahunannya Sabtu ini, satu usul meminta Mohamed Apandi mengundur diri sebagai Peguam Negara.

Usul itu juga meminta Peguam Cara Negara melaksanakan peranan sebagai Pendakwa Raya dalam kes-kes di mana Badan Peguam Malaysia berpendapat Peguam Negara tidak lagi layak untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya.


"Apa jua perbincangan akan diertikan sebagai mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong," kata Mohd Hafarizam ketika dihubungi pada Selasa, untuk mendapatkan komen beliau tentang usul itu.

Beliau berkata usul untuk mencela dan menuntut peletakan jawatan Mohamed Apandi tidak pernah berlaku sebelum ini, serta tidak perlu kerana Peguam Negara tidak terlibat dengan salah laku sebagai Pendakwa Raya atau melakukan sebarang salah laku besar berkaitan tugas berkanunnya.

"Kita perlu ingat sebagai Peguam Negara, kuasa beliau seperti yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, terserah sepenuhnya kepada budi bicara beliau sendiri dan tidak tertakluk kepada penelitian kehakiman.

"Inilah yang menjadi dasar utama bagi sistem keadilan jenayah di mana pengasingan bidang kuasa antara badan kehakiman dan pendakwaan diputuskan.

"Oleh itu, saya menggesa agar perlu ada sikap saling menghormati antara Badan Peguam Malaysia, sebagai sebuah badan yang diwujudkan melalui Akta Profesion Undang-undang dengan pejabat Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata hanya dengan wujudnya sikap saling menghormati dan memahami itu, barulah pentadbiran keadilan jenayah dapat dimartabatkan di tahap tertinggi.
Share this article

5 Komen:

  1. Ini bukan soal mencabar kuasa YDP Agong, tetapi ini soal penyelewengan kuasa oleh Apandi yang membuang kes jenayah terhadap Najib kerana Najib beri habuan itu dan ini kepada Apandi.

    Malam dalam isu penyingkiran Tan Sri Gani Patail, tidak pula peguam Najib ini kata itu tidak ikut perlembagaan, kerana pemecatan atau penyingkiran seseorang penjawat awam dari jawatannya perlulah mempunyai sebab yang munasabah sedangkan dalam kes Tan Sri Gani Patail, beliau telah disingkirkan dari jawatan Peguam Negara dengan alasan dia sakit buah pinggang yang kronik sampai tidak boleh buat kerja seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Dr. Ali Hamsa.

    Sedangkan mengikut peraturan penjawat awam, jika seseorang itu didakwa sakit, maka dia perlu dirujuk kepada Lembaga Perubatan untuk diperiksa tahap kesihatannya dan Lembaga Perubatan akan meneliti setiap aspek tahap kesihatannya sebelum membuat sebarang syor apakah orang itu masih layak untuk berkhidmat sebagai penjawat awam atau sebaliknya.

    Tetapi dalam kes Tan Sri Gani ini, tak ada langsung apa-apa Lembaga Perubatan yang meneliti tahap kesihatan beliau, tetapi beliau terus disingkirkan dari jawatannya begitu sahaja.

    Tetapi sekarang ini Tan Sri Gani Patail dilantik menjadi Pengerusi Sarawak Hydro Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Najib.

    Saya nak tanyalah, hari tu bukan main gila lagi pecat Tan Sri Gani kononnya sakit kronik sampai tak boleh buat kerja kata Tan Sri Dr. Ali Hamsa KSN, sekarang ni pasal apa Tan Sri Gani dilantik jadi Pengerusi dalam Sarawak Hydro pula?

    Sila macai-macai Najib jelaskan hal ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Hussh.hidup lagi kau burn ash...kau ni sokong sangat peguam yang kebanyakannya terdiri dari cina dap tu kenapa...ya...mungkin kau ni salah sorang dari mereka ....atau kau ni memamg keturunan melayu komunis...yang dalam hatinya ada sekeping hati yang sudah busuk lagi bernanah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila tunjukan kamu ni adalah manusia yang punya otak dan ada akal, saya bertanya kamu memaki hamun saya pula, apa punya manusia ni?

      Jawab soalanlah, bukannya merapu tak tentu hala. Jika tak reti nak jawab, tak payah komen, buang masa sahajalah, bazir ruang sahajalah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Kalau bukan cabar kuasa YDP ini pinggil apa ? Harap KDN dapat tenggok ini di bawah akta hasutan. supaya Badan Peguam ni rasakan nikmat nya....!

      Padam
  3. AG dilantik oleh YDP Agong atas nasihat Perdana menteri......AG dipecat oleh YDP Agong atas nasihat Perdana Menteri....agak agak macai najib....AG mana boleh mendakwa Perdana menteri?

    Ini bukan soal mencabar Kuasa YDP Agong.....YDP Agong...sultan sultan adalah Institusi berperlembagaan.....sekarang mencabar keputusan AG ...bukan mncabar mencabar Keputusan Agong...adakah YDP Agong yang memutuskan keputusan kes derma 2.6 B?

    siapa suka dengan majlis peguam yang penuh haru biru? ..dengan cubaan meminda perlembagaan 153....kaum bumi putera tak akan suka...benci dengan majlis mabuk ni....tapi dengan keadaan sekarang, terbukti satu puak...makhluk punya kekebalan...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top