Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming.
Keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S Hassan Badjenid selepas berpuashati bahawa perbuatan Kor Ming yang memuat naik gambar dan kenyataan berunsur fitnah mengenai Najib dan Rosmah ke dalam akaun Facebook beliau Mac tahun lalu ditujukan kepada Najib atas kapasiti peribadi dan bukan atas dasar rasmi sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Siti Khadijah menolak permohonan Kor Ming yang diwakili peguam Gobind Singh Deo yang juga ahli parlimen DAP Puchong, untuk membatalkan saman yang difailkan Najib dan Rosmah pada 15 Jun tahun lalu.
Najib dan Rosmah selaku plaintif dalam writ saman dan pernyataan tuntutan mendakwa Kor Ming pada 29 Mac tahun lalu telah memuat naik gambar mereka berdua berserta status dalam akaun Facebook atas namanya yang memaparkan gambar mereka bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China.
Kor Ming didakwa memuat naik status memfitnah itu yang boleh diakses oleh pengguna internet di seluruh dunia.
Sprm sudah tak boleh tutup mata maa...lagi lia olang tutp lagi olang lamai manyak mising...Ag.yang baru ...jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah ok...bukan mcm ghani patail Ag yang kena beli rupanya...
BalasPadamBeli tayar pun minta diskaun paling maksimum..apa cerita mau siasat salah laku geng geng DAP...ADA TELOR TAK
BalasPadamhahahahaha
BalasPadamini negara dap yg punya sprm ada berani ka?
BalasPadam