Nuffnang

PERANG : Anonymous Beri Amaran Buat Donald Trump!!!


Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous mengisytiharkan ‘perang’ sepenuhnya ke atas calon presiden kontroversi, Donald Trump dan turut berikrar untuk menghapuskan kempen beliau. Video OpTrump yang dimuat naik ke laman perkongsian video, Youtube bertujuan untuk mendedahkan rahsia sebenar jutawan hartanah tersebut.
OpTrump itu dilancarkan selepas calon Parti Republikan itu sering menggunakan retorik anti-Islam, antimigran dan antikumpulan minoriti di Amerika.

Anonymous turut menggesa orang ramai supaya menyertai kempen mereka yang bakal menyasarkan salah sebuah laman hartanahnya, trumpchicago.com pada 1 April depan.

Difahamkan, ia bukan kejadian serangan siber pertama ke atasnya kerana laman Trump Tower pernah digodam selepas beliau mengeluarkan cadangan provokasi supaya melarang orang Islam daripada memasuki Amerika Syarikat.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top