PETALING JAYA: Grafiti wajah badut Datuk Seri Najib Razak dikesan dilakar pada dinding bangunan Malaysia Hall di Perth, Australia. Perkara itu didedahkan aktivis, Fahmi Reza menerusi akaun Facebook beliau yang turut memaparkan gambar foto grafiti Perdana Menteri bermuka badut itu di bangunan berkenaan.
“Aku jumpa gambar ni di Twitter yang menunjukkan bangunan Malaysia Hall bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Perth, Australia telah digrafiti dengan wajah muka badut Najib Razak (Perdana Menteri) sebagai tanda protes,” katanya hari ini menerusi Facebook.
Fahmi turut meminta rakyat Malaysia yang berada di Australia supaya memuat naik lebih banyak foto grafiti wajah badut Perdana Menteri yang dilukis di negara itu melalui laman sosial masing-masing.
Fahmi berkata, kewujudan grafiti berkenaan adalah disebabkan suara demokrasi rakyat negara ini terhad, menyebabkan wujudnya rasa ditindas oleh kerajaan.
Katanya, perasaan ditindas berkenaan dibuktikan apabila ada rakyat Malaysia yang bersuara untuk menegur kerajaan, disiasat dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Sangat mudah untuk kita melabel anak-anak muda yang bertindak menyembur political graffiti ini sebagai “vandals” dan “troublemakers”, tapi pernahkah kita cuba fahami kenapa mereka mengambil tindakan sedemikian rupa untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka?
“Bila suara-suara protes melalui “saluran-saluran yang betul” tidak didengari, malah disekat, bila warganya yang berani bersuara melalui saluran-saluran ini ditindas, disiasat dan dikenakan tindakan oleh penguasa yang melindungi koruptor, maka anak-anak muda akan mencipta saluran-saluran mereka sendiri untuk menyampaikan mesej mereka kepada penguasa,” katanya.
Fahami apa? Memahami kebiadapan manusia yang diberi akal tetapi tidak menggunakannya sebaik mungkin? Tindakan semata-mata kerana emosi atau kepentingan peribadi semata-mata? Beginilah apabila sikap patriotik serta iman yang nipis, mudah diperdaya oleh anasir-anasir songsang dan prejudis melampau pihak yang mempunyai agenda songsang memburukkan imej negara.
Ini semuanya sama sahaja seperti tindakan Cassandra di Universiti Nottingham yang membuat petition.
Sama juga dengan tindakan Syed Saddiq, "Pendebat terbaik Asia"
Fahmi sendiri.
Ini semua usaha terbaru "melahirkan" ikon baru bagi anak muda oleh pembangkang!!!
SAlah Nagib RAzak jugak. Nagib RAzak has done a lot of damage to the nation. Nagib Razak should resign!!!!!!
BalasPadamMereka yang tak puas hati dengan Pm Najib...nak buat apa..nak kutuk nak hina nak pijak gambar nak letak muka macam babi anjing lagi badut semua dah buatkan...so ada apa apa kesan ..tak kan...kesian uolls Pm Najib bukan makin dibenci malah dengan Kebesaran Allah beliau lagi disayangi rakyat Malaysia...tunggulah undi pilihanraya 14 nanti....
BalasPadamRakyat Msia dh x de respek lagi kt Najib Nazak...kalu jumpa akan booo, maki hamun, kutuk, tunjuk tgn mcm2, mungkin akan baling apa yg ada...dan termasuk doa, ingat doa2 rakyat teranaiya akan cepat Tuhan makbulkan...nk tunggu PRU teruskan la...yg naik pasti akan turun punya.
BalasPadamApasal nak marah=marah, NAJIB MEMANG BADUT MALAYSIA.
BalasPadamTerimalah kenyataan.
Tiada sipa hormat Malaysia lagi.
Setiap hari jadi bahan lawak.
HAHAHAHAHAHAHHAA.....kutukan ...penghinaan tanpa sempadan.....salah siapa?
BalasPadamKutukan hinaan tanpa sempadan ...salah siapa salah Melayu yang tak ada sedikit rasa takut pada Allah sedang Allah dalam Quran dah jelas mesti taat pada pemimpin selagi pemimpin itu tak suruh kamu buat maksiat...salah siapa salah Melayu yang asyik mengikut rentak sang kafir laknatullah ...salah siapa salah Melayu yang membabi buta mengikut perassan marah tanpa minta petunjuk dari Allah dahulu...so di sini...salah siapa bukan salah Pm Najib..tapi salah kamu yang mempunyai hati yang busuk bernanah dan dengki tak bertempat...oleh itu cermin diri dulu sebelum nak cari salah orang....
BalasPadamKomen yang terakhir... Terbaik... Inilah... ISLAM...
BalasPadam