Nuffnang

SEJARAH!!! GAMBAR-GAMBAR Perjalanan Anwar Ke Penjara Sungai Buloh



Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat masih enggan menyerah kalah apabila melaungkan ‘reformasi’ sebaik kenderaan yang membawa pemimpin pembangkang itu keluar dari kawasan Istana Kehakiman di sini untuk ke Penjara Sungai Buloh.

Kenderaan dengan pasukan pengiring itu keluar pada pukul 2.59 petang menerusi pintu belakang kompleks mahkamah itu.



Konvoi pasukan keselamatan bersiap sedia untuk mengiringi kenderaan yang membawa Anwar ke Penjara Sungai Buloh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Penjara Sungai Buloh pada 3.49 petang tadi.

Beliau yang diiringi lapan kenderaan lain dilihat masuk ke perkarangan kompleks penjara menaiki kenderaan model Nissan X-Trail selepas meninggalkan Mahkamah Persekutuan, kira-kira 3 petang.

Suasana di luar Kompleks Penjara Sungai Buloh kelihatan tenang dengan segelintir orang awam mengambil peluang merakam gambar kenderaan yang dinaiki Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum itu, ketibaan Anwar dikawal ketat dengan kira-kira 60 pegawai dan anggota penguatkuasa daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.

Turut kelihatan di luar pekarangan penjara ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.





Dengan perkembangan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang anggota Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.

Ini adalah kali kedua, Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.


Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.

Anwar, 67, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum keenam pada April 1982 atas tiket Barisan Nasional dengan mengalahkan calon PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.


Beliau telah mempertahankan kerusi itu sehingga dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999, dan kerusi tersebut dimenangi oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.

Dr Wan Azizah telah terus mempertahankan kerusi itu sehingga meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi itu dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.


Anwar yang dibebaskan daripada penjara pada 2 Sept 2004, tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh pembebasan.

Anwar memenangi semula kerusi itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dengan memenangi majoriti 15,671 undi.








Share this article

1 Komen:

  1. selamat jalan romeo ...... sheikh ketum anu war al juburit...

    semoga engkau tidak lagi meliwat atau diliwat semasa dalam penjara.

    Minta Pengarah Penjara sediakan warder yg muka retak seribu , bukan yang jambu jambu untuk berurusan dengan malaon ini !!! atau kalau perlu mereka dicawatbesikan ... hahahahah

    *ahli PAS seumur hidup*

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top