Nuffnang

CEMAS!!! Pesawat Air Asia Berpusing 5 Jam Di Selat Melaka!!!



Ya Allah, mujur akhirnya tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah..... Tidak dapat membayangkan keadaan semua yang berada di dalam pesawat Air Asia D7172 ketika itu. 


Juruterbang penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Jeddah hari ini terpaksa membatalkan perjalanan dan berpusing-pusing di ruang udara Selat Melaka selama 5 jam bagi menghabiskan minyak sebelum selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

“Satu sistem tujahan automatik tidak berfungsi dengan sempurna. Sebenarnya boleh untuk terbang tetapi kita memilih untuk kembali ke pangkalan,” katanya kepada AFP dalam satu mesej dan menganggap ia isu kecil.


Fernandes mengesahkan pesawat AirAsia X D7172/XAX172 mendarat dengan selamat di klia2 petang tadi.


Bernama melaporkan, Fernandes yang mengesahkan perkara itu berkata ia rutin biasa bagi pesawat Airbus 330-343 untuk kembali ke pangkalan.


Berita mengenai insiden itu tersebar luas dalam media sosial, dan pemantauan menerusi laman web radarflight 24 menunjukkan pesawat itu yang berlepas dari klia2 pada 12.20 tengah hari berpatah balik dan berlegar-legar di ruang udara Selat Melaka.


Ia sepatutnya mendarat di Jeddah pada 11.15 malam. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pesawat AirAsia X penerbangan D7172 mengalami “masalah teknikal” sejurus selepas berlepas dari KLIA2. Juruterbang terpaksa berpatah balik semula ke lapangan terbang.

Liow berkata, insiden tersebut sedang disiasat.

“Saya dimaklumkan bahawa kesemua mereka yang menaiki pesawat itu selamat. Juruterbang terpaksa terbang selama empat jam untuk membakar bahan api bagi membolehkan pesawat itu lebih ringan untuk mendarat dengan selamat,” kata Liow.

AirAsia X dalam satu kenyataan mengenai Penerbangan D7172 berkata: “Sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan mematuhi semua piawaian keselamatan antarabangsa, pesawat itu berpatah balik dan mendarat selamat di KLIA2 pada pukul 5.40 petang.”

“Kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu kini dipindahkan ke pesawat lain di mana penerbangannya dijadualkan pada pukul 7.00 petang.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top