Ribuan orang menziarahi jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Orang ramai meliputi pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi kediaman Allahyarham sebaik tersebarnya berita mengenai kematian bekas menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad, sejak 1990, pada 9.40 malam tadi.
Jumlah mereka bertambah ramai sejak awal pagi tadi.
Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya selepas sekian lama menghidap kanser prostat.
Keadaan di tanah perkuburan Pulau Melaka sesak dengan orang ramai yang mahu melihat jenazah Datuk Nik Aziz Nik Mat dikebumikan.
Berlaku tolak menolak antara orang ramai berdekatan khemah tempat mursyidul am PAS itu akan dikebumikan.
Cuaca yang tadinya panas turut bertukar mendung di tanah perkuburan apabila jenazah tiba.
AL-FATIHAH......
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....