Nuffnang

HASUTAN!!! PDRM Tahan 5 Suspek SSKM Di Sabah!!!



KOTA KINABALU: Polis menahan lima individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) selepas disyaki cuba mendapatkan sokongan berhubung aktiviti mereka, petang semalam.


Semua individu berusia 21 hingga 58 tahun terbabit termasuk dua wanita, ditahan di sekitar Pekan Lahad Datu, kira-kira jam 4 petang.

Difahamkan, mereka ditahan ketika cuba mengumpul tandatangan bagi petisyen berhubung kempen kumpulan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Datuk Salehhudin Abd Rahman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lima individu berkenaan.

Tiga daripada individu itu adalah lelaki manakala dua lagi wanita, Mereka kini direman sehingga 10 Februari ini untuk membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top