Nuffnang

Gambar Dan Video Memalukan PAS Pusat!!



Kalau nak membodek pun, biarlah nampak cerdiknya. Jangan memalukan diri dan penyokong-penyokong yang lain. Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendedahkan usaha beberapa pihak dalam Pas sendiri untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Beliau turut menamakan beberapa pemimpin tertinggi Pas Pusat yang didakwa mendalangi perbuatan itu.


"Mereka menubuhkan Pasma serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan di kalangan ahli Pas dan melakukan 'grand design' untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.


"Mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh presiden Pas dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu dalam PR," katanya kepada pemberita di hadapan pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Jawatan presiden PAS lantikan wahyu atau mandat dari ahli-ahli. Jikalau jawatan tu dari mandat ahli-ahli, dia boleh ditukar ganti. Tiada masalah apa pun sebenarnya.. mungkin diaorang tak tahu sistem demokrasi dalam pemilihan dalam parti.






Dan ini videonya :


Kah...kah...kah..... dan blogger-blogger ulamak pun membelasah ulamak mereka...

Kah...kah...kah....... (SUMBER)

Bukan rahsia lagi ujud kumpulan lain dalam jawatankuasa PAS Pusat yang selama ini dikenali Anwarinas – dipercayai penyokong tegar kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dipercayai separuh dalam kepimpinan PAS Pusat dan kerap mengeluarkan kenyataan yang dilihat bertentangan dengan pemimpin golongan ulama serta lebih menyokong PKR dan DAP.

Dipercayai ada gerakan menyingkirkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada kerusi Presiden pada pemilihan tahun ini dengan cara terhormat apabila cuba menawarkan jawatan Mursyidul Am kepada Hadi.

Tidak tahan lagi dengan komplot iu, hari ini, Pemuda PAS Kuantan mendedahkan komplot terancang sekumpulan pemimpin kanan parti itu untuk menjatuhkan Presiden PAS itu dan golongan ulama.

Ketuanya, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot tersebut dipercayai menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti dan menjadikan Abdul Hadi seperti boneka.

“Kami mendesak mereka yang terlibat dengan komplot jahat ini supaya meletakkan semua jawatan dalam parti,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Pejabat Agung Pas di ibu negara pagi ini.

Ketika ini sedang berlangsung mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat manakala mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dijangka petang nanti.

Kumpulan terbabit membawa plakad ‘Hatta Ramli Wajib Letak Jawatan’ – dipercayai merujuk kepada mereka yang berkomplot bagi tujuan menjatuhkan Hadi.

Dr Hatta adalah ahli jawatankuasa PAS Pusat serta ahli parlimen Kulai Krai.

Fadhli turut memberi lampiran bukti berkenaan di dalam bentuk Akuan Berkanun beserta cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp, kumpulan yang dikatakan menerima arahan Hatta.

Dalam lampiran akuan berkanun itu menyatakan ada individu yang mempunyai akses kepada Kumpulan WhatApp yang bernama ‘LAWAN AMNO Media Baru PGS’ yang kemudiannya ditukar ‘Hawaii Five-O’.


Kenyataan akuan berkanun itu menyatakan kumpulan WhatsApp itu dipercayai dianggotai Hatta Ramli yang menggunakan nombor 019 339 8659.

Turut sama menganggotai kumpulan Whatsapp tersebut adalah Aiman Athirah Aljundi, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, seperti yang dinyatakan dalam akuan berkanun yang sama.

Dalam kenyataan akuan berkanun itu juga menyatakan Aiman memburukkan Presiden PAS dan kepimpinan Ulama dengan bertindak  sebagai perancang di belakang Hatta  dalam kumpulan WhatsApp itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top