"Saya hanya menjawab, Malaysia adalah kampung saya, saya perlu pulang untuk menegakkan keadilan. "Saya bukan penakut, saya akan melawan ketidakadilan di negara ini demi generasi akan datang," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim di Padang Timur, hari ini.
Katanya lagi, generasi muda negara ini perlu tampil menegakkan keadilan. "Keadilan ini bukan untuk saya tetapi untuk masa depan mereka sendiri," katanya lagi.
Sian Anwar, kalau dulu ceramah perdananya dipenuhi limpahan hadirin mencecah ratusan ribu orang, namun kini semuanya tinggal kenangan.
Bukti bergambar tidak lagi mampu menyokong pembohongan mereka. Bahkan menjelaskan kebimbangan sebenar Anwar Ibrahim amat berasas apabila kegagalan memujuk Hadi Awang untuk menyebelahinya walaupun telah dimasukkan orang-orangnya seperti Hatta Ramli dan Husam Musa untuk tujuan itu.
Masa hendak mendapatkan sokongan, Anwar Ibrahim dan DAP bukan main lagi mengampu Hadi Awang, walaupun hakikatnya mereka tidak pernah menyukai Hadi AWang, bahkan merancang untuk menggulingkannya daripada jawatan Presiden PAS bagi digantikan dengan Mat Sabu.
Minggu lepas, Anwar sempat berjenaka dengan wartawan yang membuat liputan acaranya agar tidak sugul dengan sebarang keputusan.
Beliau turut berkongsi kisah dirinya memberitahu cucunya yang "orang jahat mahu sumbat atuk ke penjara".
Esok, pendakwaan dijangka akan merayu agar Anwar dikenakan hukuman berat atas alasan hukuman penjara lima tahun Mahkamah Rayuan tidak mencukupi.
Seperti kes Liwat 1, Anwar tekal mendakwa kes Liwat II kali ini sebagai satu rekaan semata-mata.
Beliau mendakwa menjadi mangsa konspirasi - satu tuduhan yang dinafikan seteru politiknya dalam kerajaan.
Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada Anwar akan terus bebas atau meringkuk sekurang-kurangnya selama lima tahun dalam penjara.
Beliau sebelum ini disabitkan bersalah atas tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.
"Anwar di luarkah, Anwar di dalamkah, Pakatan Rakyat padu, maju untuk Malaysia," kata Anwar cuba meyakinkan hadirin yang rata-rata khusyuk menikmati makan malam mereka.
Anwar kemudian menjemput isterinya merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke atas pentas untuk berucap selepas beliau.
"Saya sekarang jemput heroin saya, Wan Azizah untuk ke pentas.
"Saya hendak tinggalkan Kit Siang tak susah sangat, tapi nak tinggalkan Azizah ini ...cukup susah," kata Anwar disambut tepukan hadirin.
Sementara itu, Polis mengumumkan akan menutup Jalan Persiaran Perdana akan bermula pukul 8 malam ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Kami juga difahamkan beberapa gulungan pagar berkawat akan dipasang di beberapa tempat sekitar Mahkamah Keadilan sebagai langkah berjaga.
Sementara itu, memetik Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid sebagai berkata, “orang ramai termasuk kakitangan awam diminta menggunakan jalan alternatif sekiranya mempunyai urusan di pejabat kerajaan yang berhampiran.”
“Jalan akan dibuka semula selepas prosiding mahkamah selesai. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keadaan.
“Namun begitu, orang ramai yang mempunyai urusan berhampiran Istana Kehakiman tidak perlu bimbang kerana pihak polis sentiasa menjaga keselamatan kawasan sekitarnya,” katanya ketika dihubungi.
Mahkamah Persekutuan esok akan memutuskan terhadap rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjara lima tahun setelah disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
Dalam pada itu, Abdul Razak meminta para penyokong Anwar menghormati undang-undang dan tidak menimbulkan sebarang provokasi.
Abdul Razak memberitahu, pihak polis akan bertindak berlandaskan undang-undang sekiranya penyokong Anwar cuba membuat kekecohan.
“Dengan kekuatan anggota polis yang sedia ada, saya jamin kita boleh mengawal keselamatan pekarangan Istana Kehakiman esok,” katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....