Nuffnang

KAH..KAH..KAH!!!! Tindakan IGP Bikin Macai Berbulu!!!




Kah...kah....kah.... Tak abis lagi gua nak gelak ni. Ntah ape-ape ntah. Kalau buat dikira salah, jadi kalau tak buat apa pula macai nak kata ya? Dah meroyan ke dah buang tabiat semua macai-macai ni? Ni kira baru sedikit je yang IGP buat ni....Kah...kah...kah......

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas kritikan sesetengah pihak yang menyifatkan beliau ‘Polis Twitter’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Jumaat, Khalid menyifatkan kritikan terhadap beliau dan tuduhan polis menyalahgunakan laman Twitter sebagai keterlaluan.

“Untuk menuduh bahawa kami (polis) mengggunakan medium itu (Twitter) sebagai kesinambungan senjata undang-undang lapuk dan zalim sangatlah tidak wajar,” tegas Khalid.

Beliau juga menegaskan adalah tidak menyalahi undang-undang untuk pihak polis memastikan orang ramai dimaklumkan berkenaan tindakan-tindakan yang telah pihak berkuasa berkenaan ambil melalui Twitter, terutamanya dalam isu yang mendapat perhatian umum.

Bagaimanapun, adalah menjadi kesalahan apabila sesetengah pihak mmenggunakan platform yang sama untuk mempengaruhi atau menghasut mana-mana pihak hinngga mengancam keselamatan negara serta menggugat ketenteraman awam, tegas beliau.

“Kebebasan bersuara adalah hak politik untuk menyampaikan pandangan atau idea seseorang.

“Hak itu bagaimanapun hadir bersama ‘batasan yang sama’ seperti larangan memfitnah, menghasut, menyampaikan ucapan menghasut kebencian, menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, yang dipraktikan oleh semua kerajaan di semua negara seluruh dunia,” tegas Khalid.

“Polis Diraja Malaysia akan terus melakukan apa yang betul dan terbaik untuk negara, tanpa takut atau pilih kasih,” tegas Khalid lagi.

Pengarah Eksekutif badan bukan kerajaan (NGO) Lawyers for Liberty, Eric Paulsen pagi ini menyuarakan kebimbangan beliau terhadap Khalid yang beliau sifatkan melantik diri sendiri sebagai ‘polis Twitter’ yang memutuskan apa yang boleh atau tidak boleh disiarkan di laman media sosial berkenaan.

“Kami mendesak Ketua Polis Negara dan PDRM untuk kembali kepada asas – iaitu menjadi pasukan polis yang profesional dan tidak memihak dalam menegakkan undang-undang, mencegah dan melakukan siasatan jenayah, serta memberkas penjenayah sebenar daripada sekadar mengambil berat untuk memantau media sosial serta hal-hal berkaitan politik,” kata Paulsen.

Kenyataan Paulsen hadir selepas wartawan New York Times, Thomas Fueller secara terbuka mengkritik Khalid yang beliau dakwa selalu memberitahu orang ramai apa yang boleh dan tak boleh mereka buat.

“Tetapi tidak seperti pengguna Twitter lain, beliau mempunyai kuasa menangkap anda,” tulis Fueller melalui akaun Twitter beliau awal minggu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top