Nuffnang

AL-FATIHAH : Kembalinya Dato Nik Aziz Nik Mat Ke Rahmatullah....(BIODATA)





Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.



PETALING JAYA: Jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dikebumikan pada pukul 10 pagi Jumaat, 13 Februari, kata anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, sebelum pengebumian, solat jenazah akan didirikan di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka yang terletak di hadapan rumah Allahyarham.

Nik Abduh dalam pesanan kepada orang ramai yang ingin menziarah jenazah ayah beliau menyatakan, “Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah.”

“Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju tuhannya,” katanya di laman Facebooknya.

Terdahulu Nik Abduh mengesahkan ayahnya meninggal dunia pada jam 9.45 malam di rumahnya di Pulau Melaka, Pengkalan Chepa selepas dibawa pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian kira-kira pukul 8.40 malam.

Allahyarham dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak banjir Disember tahun lepas.



BOIDATA :

YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :

1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

TGNA dlahirkn dlm sbuah keluarga yg sgt kuat brpegang kpd ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pd thn 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat mrupakn keturunn Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dgn panggiln Tuan Guru Nik Mat Alim dsbbkn beliau arif dlm ilmu-ilmu agama. Beliau trkenal di Kelantan dlm mngendalikn institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlh TGNA mndapat pendidikan awal brsama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil TGNA mmpelajari n mndalami kitab-kitab agama yg muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis drpd ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, TGNA dihantar brguru dgn Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. TGNA menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa itu juga, TGNA berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dlm mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dlm pengajian Fekah. Setelah perang tamat TGNA menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia TGNA masih muda tetapi beliau dpt menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yg agak tinggi) setanding dgn murid-murid yg lebih tua.

Pd thn 1945 TGNA mnyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India TGNA juga telah brguru dgn Sheikh al-Hadith dan guru Tarikat yg trkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dan dapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yg pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 TGNA mnyambung pelajaran ke Pakistan dlm bidang Tafsir. Pada 1958 mnyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan mmperolehi ijazah sarjana muda dlm jurusan pengajian bahasa Arab kemudian mnyambung pelajaran sehingga mndpt ijazah sarjana (M.A) dlm jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mndpt diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 TGNA membuka sekolah dgn mnggunakn tanah wakaf yg diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 TGNA meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

TGNA menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 TGNA dilantik mnjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

1978 TGNA dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pd Oktober 1990. 
Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

TGNA telah menulis bbrapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan bbrapa buah buku siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

TGNA telah mmbimbing pelajar Ma’had Muhammadi dgn menanam ksedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yg sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

TGNA seorang yg petah brcakap dan ucapan beliau terang brserta dgn perumpamaan yg jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tmpt di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kasetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mndapat sambutan dari stiap peringkat sehingga mnjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Penghargaan :

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniaka
n Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mndirikan rumah tangga dgn Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya xdihiasi dgn set sebagaimana yg mnjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yg ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

TGNA juga xmmbenarkn isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dgn anak2nya. Ternyata apa yg ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukn sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen :

Sebelum terpilih mnjadi ADUN Semut Api dlm pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, TGNA telah trpilih mjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Semoga rohnya dicucuri Rahmat....










Share this article

1 Komen:

  1. Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang. Sukacita dimaklumkan DUN Semut Api dikenali sebagai N6 Chempaka dalam PRU 2013.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top