Nuffnang

ROTAN : Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah



Wajarkah kalau kita jadikan merotan anak ni sebagai satu kesalahan? Sedangkan dalam islam kita dibolehkan merotan sekadar untuk mengajar tetapi tidak sehingga mendatangkan kecederaan yang serius. 

Agak-agak lepas ini apa la yang akan jadi yer, kalau akta baharu merotan anak manjadi kesalahan bagi menggantikan Akta Kanak-kanak 2001. Akta ini dijangka akan dibentangkan pada Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain. 

1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun

Sabda nabi:

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر

(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)

2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas. 

لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود

Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari)

Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas. 

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit. 

عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد

Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. 

(al-Muwatta’)

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:

i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja. 
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya. 

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)

Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan. 

عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود.

Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud)

Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotan di tapak tangan dan kaki. 

6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah. 

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترميذي

Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi).


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top