Nuffnang

PENDEDAHAN!!! Guan Eng Taja PASMA Jutaan Ringgit Untuk Gulingkan Hj Hadi!!!



Dakwaan blogger terkenal Raja Petra Kamarudin bahawa kerajaan Penang memberi wang sebanyak RM 1.5 juta kepada PasMA untuk tujuan menjatuhkan Presiden PAS, Hadi Awang, mengejutkan banyak pihak kerana cukupkah wang sebanyak itu untuk menjatuhkan Hadi sebelum 10 Februari? 

Hadi perlu dijatuhkan sebelum tarikh tersebut kerana hari itu adalah hari dimana keputusan akhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Anwar perlu ramai penyokong PAS untuk hadir pada tarikh tersebut bagi menunjukkan kepada kerajaan Malaysia bahawa rakyat di belakangnya. 

Penyokong PAS penting kerana mereka boleh digerakkan pada bila-bila masa dalam jumlah yang besar secara percuma dan kalau berbayar sekali pun, kecil jumlahnya,berbanding penyokong PKR dan DAP. 

Dalam keadaan Hadi melancarkan perang dingin terhadap Pakatan Rakyat sekarang dan Datuk Nik Aziz pun sakit, siapa yang boleh diharapkan untuk menggerakkan ahli PAS untuk ke Mahkamah Persekutuan nanti? Sebab itu ramai menyokong agar Pakatan Rakyat menambah peruntukkan kepada PasMA untuk menjatuhkan Hadi dan digantikan dengan orang lain. 

Haji Mohamad Sabu atau Husam Musa atau siapa sahaja, yang penting bukan Hadi. RM 1.5 juta tidak cukup kerana Hadi mendapat sokongan Dewan Ulama dan terpenting sekali, Majlis Syura Ulama PAS. Bukan mudah nak menjatuhkannya kalau hanya setakat peruntukkan sekecil itu. Masa semakin suntuk, tambahan wang kepada PasMA perlu disegerakan sebelum 10 Februari.


Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, semasa penubuhan Barisan Alternatif (BA) sebelum tertubuhnya PR, Anwar ketika itu berada di penjara dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengetuai PKR. 

“Itu bukan sebab, lagi kukuh PR. Sebab kita kena bertanggungjawab meneruskan.

“Tidak ada orang itu pun tidak ada masalah. Waktu kita tubuh BA dulu pun Anwar masih di dalam (penjara)tetapi masih jalan,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

“Anwar tiada, Kak Wan ada, Azmin ada, itu pimpinan mereka. Presiden, timbalan. Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang,” katanya merujuk kepada Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Mengulas mengenai perselisihan di antara PAS dan DAP, Mustafa berkata parti Islam itu belum sampai ke tahap mengambil keputusan meninggalkan PR.

“Tak berbangkit isu itu. Jangan cepat sangat.

“Niat tiada siapa tahu, di dalam hati,” katanya sambil tertawa menjawab soalan daripada pemberita. Mustafa turut diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang mendakwa Umno dan PAS mungkin akan membentuk kerajaan perpaduan sekiranya Anwar ke penjara.

“Saya tak pernah berhubung dengan MCA. Tak tahu dia kata apa. Dia pun tak pernah tanya saya,” katanya.

Semalam, Chong mendakwa jika Anwar dipenjarakan, PR akan kehilangan orang penting yang boleh menyatukan parti dalam PR, lapor media.

"PAS dan DAP mungkin berpecah dan kita mungkin menyaksikan Umno dan PAS membentuk gabungan lain di Kelantan.

"Ia berlaku sebelum ini (kerajaan perpaduan) dan ia boleh berlaku lagi.

"Mengapa tidak? Politik adalah dinamik, tetapi halangan sekarang ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menyokong (kerajaan perpaduan),” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top