Nuffnang

HASUTAN!!! Pejabat Suara Keadlian Diserbu PDRM!!! (GAMBAR)



“Tiga (judul) buku kartun dirampas. Polis sedang di pejabat saya. Mahu tangkap. Tapi saya di London. Sekarang mereka sedang rampas semua buku-buku saya - Zunar"


Perkara itu disahkan oleh kartunis itu sendiri melalui laman Twitternya.

Pejabat akhbar milik PKR, Suara Keadilan diserbu polis kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan merampas beberapa buah komik karya kartunis Zulkifli Anwar Al-Haque ‎atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Menurut beliau, serbuan itu dijalankan di bawah Seksyen 2 Akta Mesin Cetak, Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan juga Seksyen 500 Kanun Keseksaan.


Malah beliau turut mencabar pihak yang merasakan difitnah melalui karya kartunnya untuk mengemukakan saman sivil.

“Kalau kartun dirasa fitnah, silakan orang yang terasa itu kemukakan saman sivil. Tiada masalah. Saya bantah guna undang-undang jenayah seperti Akta Hasutan,” katanya lagi.

Antara buku yang dirampas adalah Pirates of Carry BN sebanyak 66 buah, Conspiracy to Imprison Anwar versi Bahasa Inggeris 86 buah dan bagi versi Bahasa Malaysia sebanyak tiga buah.

Zunar merupakan penasihat kepada sidang pengarang akhbar Suara Keadilan.


Kartunis itu kerap mendapat perhatian umum dengan karya-karyanya yang sering kali dilihat menyindir pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Serbuan tersebut diketuai oleh ASP, Lim daripada Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK).

Zunar berkata, Lim memaklumkan kepadanya ‎beliau disiasat di bawah Seksyen 2, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan Seksyen 4 (1) (c) dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.


Pada 6 November lalu, 3 pembantu Zunar ditangkap dan dibawa ke balai polis, Putrajaya kerana menjual 2 buah buku kartun bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar ” dan “Pirate of the Carry-BN”.

Pengendali laman web sesawang miliknya www.zunar.my turut dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top