Nuffnang

TERKINI!!! 3 Lokasi "TORNADO" Di Kedah (GAMBAR)



Selepas Pendang, hari ini Utara tanah air sekali lagi menerima "serangan tornado" di 3 daerah berbeza di Kedah. Keadaan cuaca yang berangin dan hujan lebat itu telah mencetuskan ribut puting peliung yang telah merosakkan beberapa buah rumah di kawasan yang terlibat.

Sekurang-kurangnya 20 buah rumah di beberapa kawasan di daerah ini termasuk Kampung Sungai Baru, Kampung Batin, Taman Inang dan Mergong rosak teruk akibat puting beliung dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Di Kampung Sungai Baru di Jalan Kuala Sungai di sini sebuah rumah ranap manakala sembilan lagi mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung.

Seorang mangsa, Mohd. Nizam Hamzah, 46, berkata, dia sempat merakamkan pusaran puting beliung kira-kira 100 meter dari rumahnya.

"Hampir keseluruhan bumbung rumah saya diterbangkan angin.

"Saya juga nampak pusaran angin menerbangkan banyak zink dalam masa kira-kira 10 minit sebelum ia bergerak ke arah Mergong," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sungai Baru di sini hari ini.

Tinjauan lokasi mendapati puluhan rumah rosak dan banyak pokok tumbang dalam kejadian tersebut. - 

Gambar-gambar kejadian :














Berita penuh akan menyusul....






Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top