Nuffnang

PENGASUH TERLAMPAU!!! Sanggupkah Anak Anda Diperlakukan Begini?



KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat.


Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang.

Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11 tahun berada di rumah itu.

Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu.

“Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya.

“Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kanak-kanak itu diikat kerana didakwa nakal.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top