Nuffnang

KEJUTAN DARI ANWAR!!!! Kaitkan Pelakon Terkenal Hollywood



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan dalam rayuan kes di Mahkamah Persekutuan hari ini apabila diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai peguam bela utama berhadapan dengan pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Anwar berkata ketua pembelaan Datuk Sulaiman Abdulllah tidak sihat ekoran pembedahan kaki dua bulan lepas.

“Gopal menemui pihak kami pada minggu lepas.

“Kita ada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (sebagai peguam utama pembelaan) … Saya bersedia dari segi mental, tetapi tidak mempunyai banyak harapan,” kata Anwar.

Anwar menyebut bahawa pelakon Hollywood Mel Gibson menghubungi untuk bertanya sama ada bintang ‘Lethal Weapon’ itu perlu mengeluarkan kenyataan.

“Dia memberitahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik,” kata Anwar mengenai perbualan singkatnya dengan Gibson.

Sementara itu laungan reformasi terus bergema di perkarangan Istana Kehakiman sebagai sokongan kepada Anwar.

Dianggarkan lebih seribu orang penyokong Pakatan Rakyat hadir termasukan pengamal media dalam dan luar negara bagi mengikuti perbicaraan‎ hari ini.

Anwar tiba pada jam 8.30 pagi bersama isteri dan anak-anaknya turut disambut dengan laungan reformasi‎ bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria‎ yang dibantu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.‎
Share this article

3 Komen:

  1. Boleh tak sesiapa tolong hantarkan kenyataan penting mendiang Karpal Singh pada prosiding yang lalu kepada Mel Gibson ... >

    " Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka".

    ................................. Esok mungkin Anwar akan cakap ... "Amir Amerika" sudi akan buat kenyataan !!!! ......... baru la complete Lawak Jenaka Anwar ...

    BalasPadam
  2. Tak lama lg dia kata tuhan pun ada telefon dia..manusia lidah bercabang ni memang satu dunia pun dia tipu

    BalasPadam
  3. kalau Yusuf Qardawi pun dia boleh pemohong, apa susahnya dengan puak pecacai akai sempit yang bertebaran di bumi Malaysia nih

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top