Nuffnang

BONGKAR!!! Pemimpin PKR Diupah Untuk Memalukan Hj Hadi!!!



Pengerusi PKR Terengganu, YB Azan Ismail didakwa telah diupah untuk memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Maklumat itu disebar oleh facebook Berita Hangat sejak malam semalam.
Ia merujuk terhadap penampilan Azan Ismail sebagai saksi kepada calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu, Mohd Shamsul Mat Amin yang menyaman Presiden PAS berkaitan dengan tuduhan pil kuda dalam ceramah beliau di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, semasa kempen Pilihanraya Umum ke-13.


Peguam calon PKR, A Vasudevan (bertanda bulat merah); Azan Ismail, Pengerusi PKR Terengganu dan Mohd Shamsul Mohd Amin


Dua hari lepas, Azan ketika disoal peguam Presiden PAS telah mengubah pendirian daripada mengenali CheguBard kepada tidak mengenali apabila merasakan soalan itu berbentuk perangkap yang menyamakan Mohd Shamsul dan CheguBard berkaitan dengan calon PKR dari kalangan orang muda.

Berikut petikan transkrip soalan di antara peguam PAS dengan Azan yang disiarkan Harakahdaily;


Peguam: Bagaimana YB boleh menganggap Tuan Guru dalam ceramahnya memaksudkan orang muda di kalangan calon yang mengalami pertindihan kerusi? Adakah benar Chegu Bard juga seorang di antara calon di kerusi bertindih?

YB Azan: Ya benar.

Peguam: Adakah benar Chegu Bard juga orang muda?

YB Azan: Err… saya tak kenal siapa Chegu Bard.

CheguBard yang dimaksudkan itu adalah Badrul Hisham Saharin, calon PKR di DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang dalam PRU 13.


Beliau juga turut menyaman Presiden PAS berkaitan isu yang sama.


Seorang penyokong PAS, Mohamad Fauzi Abu Samah yang turut hadir dalam perbicaraan kes saman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu terkasima dengan jawapan Azan itu.




Facebooker Pengundi Pas Kedah mendedahkan bahawa jawapan Azan adalah satu perbuatan berbohong dalam mahkamah.

Menurutnya, Azan pernah berganding dengan CheguBard dalam satu siri jelajah yang dinamakan ‘Roadshow AmaranPRU’ pada Februari 2013.

“Malah tidak kurang 10 kali nama YB Azan Ismail ditulis oleh CheguBard di dalam blog peribadinya,” dedahnya.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top