Nuffnang

NAKHAROM!!!! Ahli Parlimen Mahu Semua Ibu-Ibu Palestin Dibunuh!!



Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan konytroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.

Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.


“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.

“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.

Kenyataannya tidak disambut baik oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan pemikirannya sama seperti pemikiran Hitler.

“Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?” tanya Erdogan.

Konflik Israel-Gaza telah dikutuk oleh banyak negara termasuk Malaysia, yang inginkan ia ditamatkan segera. - AstroAwani
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top