Nuffnang

#MH17 : "Hati Ada Sedikit Gentar" - Ayat Terakhir Penumpang (VIDEO)




Hati ada sedikit gentar.

Itu adalah antara ayat-ayat terakhir yang ditaip oleh seorang penumpang pesawat MH17 yang digunakan sebagai caption video yang kemudiannya dimuatnaik di laman Instagramnya sebelum pesawat itu terhempas di timur Ukraine pada Khamis..


Md Ali Md Salim, 30, yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda, dalam perjalanan pulang untuk bercuti di Kampung Jayor, Pagoh di Johor.

Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuatnaik kira-kira pukul 12 tengahari waktu Amsterdam dengancaption: "Bismillah...#hatiadasikitgentar".

Video itu juga telah dimuatnaikkan oleh sumber lain di YouTube selepas kejadian.

Menurut kakaknya, Nurzazila Md Salim, adiknya menghubungi beliau sehari sebelum berlepas balik bertanyakan jika mempunyai sebarang barang untuk dipesan.

"Selalunya ada sahaja pesanan saya, tetapi kali ini saya tidak meminta apa-apa sebaliknya mengharapkan dia balik dengan selamat," kata Nurzazila yang telah berada di hotel di Putrajaya bersama ibu bapa dan keluarganya.

Tambah Nurzazila, Md Ali yang dijangka tamat pengajian pada tahun 2015 sangat rapat dengannya dan ibunya dan sering berkongsi sebarang masalah bersama.

"Dia sangat meminati penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang katanya walau pun Siti telah berkahwin, dia tetap meminatinya," kata Nurzazila dalam kesedihan bercerita tentang minat adiknya itu.

Sementara itu, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata USM menzahirkan perasan sedih serta duka cita yang teramat kepada keluarga Mohd Ali dan semua krew serta penumpang pesawat berkenaan.

"Kepada keluarga Mohd Ali, saya ingin merakamkan takziah dan kesedihan dari seluruh warga USM dan saya secara peribadi turut merasai kehilangan yang amat sangat apatah lagi Allahyarham adalah pelajar cemerlang dan calon pensyarah di universiti ini nanti.

"USM juga sedia membantu apa jua yang boleh untuk meringankan tanggungan keluarga Mohd Ali dan akan sentiasa menghubungi keluarganya yang tinggal di Kampung Payor untuk mengikuti perkembangan," katanya di dalam satu kenyataan.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top