Agak-agaklah sebelum membuat sebarang berita, lebih-lebih lagi dalam keadaan tegang ketika ini melibatkan insiden MH17 dan konflik antara Rusia dan Ukraine.
Malaysiakini dan Sin Chew tidak sewajarnya membuat laporan merendah-rendahkan kepimpinan Malaysia dan Russia dengan mendakwa isteri Perdana Menteri Malaysia perlu masuk campur sebelum Presiden Russia mahu menghubungi Perdana Menteri Malaysia berbincang mengenai isu MH17.
Semalam pesawat MAS telah terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia telah mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Kapal terbang terbabit dipercayai ditembak tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab. Ukraine, Puak Pemisah Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh.
Namun laporan Sin Chew yang kemudiannya dipetik Malaysiakini.com sangat merbahaya kepada hubungan diplomatok Malaysia-Russia. Apa akan jadi jika laporan terbabit dibaca oleh Presiden Putin dan merasa terhina dengan laporan ini. Apakah tujuan laporan seperti ini? Ia seolah-olah menunjukkan Russia tidak pandai diplomatik atau Datin Seri Rosmah sangat berpengaruh?
Malaysiakini memetik Sin Chew Daily mendakwa Rosmah Mansor berpesan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin supaya menghubungi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tragedi MH17.
Laporan ringkas melalui portal Sin Chew Daily menyebut bahawa Rosmah menyampaikan pesanan itu menerusi seseorang yang rapat dengan Putin.
Laporan itu menyebut Rosmah berharap Putin akan menelefon Najib untuk menjelaskan isu berkenaan bagi menenangkan rakyat Malaysia yang berang dengan insiden itu.
Bagaimanapun sumber Pejabat Perdana Menteri menyatakan dakwaan ini tidak benar sama sekali.
Petang tadi, Presiden Putin menelefon Perdana Menteri Malaysia melalui saluran diplomatik dan atas inisiatif sendiri negara Russia bagi memberi penjelasan dan pandangan kepada Malaysia.
Sangat mengecewakan di saat negara ini dihimpit tragedi yang meyedihkan terdapat media tempatan yang berusaha merendah-rendahkan pentadbiran negara dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia – Russia.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....