Kecoh sepanjang hari dengan CDM25 dan Kiki Kamaruddin. Bersungguh-sungguh semua orang membantai wanita bertudung yang bersikap kurang ajar dan biadap terhadap seorang lelaki Cina tua yang juga merupakan pesara kerajaan akibat satu kemalangan kecil di tempat meletak kereta di UTC Kuantan.
Seluruh perhatian di Malaysia tertumpu kepada insiden tersebut dan ada pihak yang cuba menjadikannya sebagai isu perkauman dan beria-ia menyokong Kiki Kamaruddin kerana dia Melayu selain memuji tindakan biadapnya terhadap seorang lelaki tua Cina.
Kesemua itu menenggelam banyak isu-isu lain.
Ini ada satu isu yang sebenarnya lebih berkait dengan umat Islam berbanding keceluparan dan over-reacted Kiki Kamaruddin. Isu makanan haram yang SENGAJA DILETAKKAN di dalam makanan halal untuk memperdaya umat Islam yang sekarang ini sedang berpuasa dan sentiasa berselera untuk makan apa-apa sahaja.
Perbuatan tersebut dilakukan oleh sebuah pasaraya yang terletak di Taman Usahawan Kepong.
Satu laporan polis dan laporan kepada JAKIM telah dibuat oleh Presiden Kelab Warga Sihat Malaysia pada 15 Julai lalu membabtikan penjualan roti babi (M.Ham Bun) dalam PASARAYA AEON BIG TAMAN USAHAWAN KEPONG, KL secara terbuka pada bahagian makanan 'bakery'.
Roti babi itu sengaja diletakkan di situ untuk mengelirukan umat Islam dan umat Islam akan membeli produk tersebut kerana menyangkakan ia adalah roti halal biasa.
Pasaraya berkenaan secara sedar dan secara sengaja telah cuba memperdayakan umat Islam dengan meletakkan makanan berintikan daging babi untuk mendajalkan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa dan bersiap sedia untuk menyambut Aidi Fitri.
Justeru, BACA LAGI
Di mana pejuang-pejuang Melayu? Pejuang-pejuang Islam? Pejuang2 Maya yang begitu proaktif menghentam dan memperbesarkan isu KIKI?
Di mana juga biro sosial pemuda yang begitu pantas mengutuk tindakan KIKI?
Di mana Tan Sri KPN?
Dimanakah anda semua tatkala soal halal haram dipersenda secara terbuka!!!
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....