Nuffnang

#CDM25 : Kenyataan Khairy Berhubung Isu Kiki Dan Uncle Sim Beserta Video Permohonan Maaf



KUALA LUMPUR: Walaupun wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur, dikritik hebat di laman media sosial, ada segelintir pengguna berpandangan pembulian siber terhadap wanita itu haruslah dihentikan.

Ramai di antara mereka berkata pembulian siber ini tidak boleh diterima dan ia tidak membuatkan isu itu lebih baik daripada seadanya.


Mereka juga telah mengutuk perbuatan mendedahkan maklumat peribadi wanita itu di Internet.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata membuli wanita itu hanya membuat orang-orang yang melakukannya sama sahaja.

- SUMBER

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian. 

"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya. "Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya,"





Hebatnya isu ini sehinggakan seorang menteri mengeluarkan kenyataan. Lihat juga kenyataan dari menteri KDN dan Tan Sri KPN.  

Inikah mentaliti rakyat kita khususnya pemimpin?

Banyak lagi isu berkaitan rakyat yang perlu diberikan perhatian dan tindakan yang proaktif diperlukan oleh pemimpin-pemimpin kita dalam menjaga kebajikan rakyat.


Marah yang gagal dikawal mungkin akan menyebabkan kita melakukan perkara yang tidak dijangka.

Di bawah adalah Video permohonan maaf Kiki :


Share this article

5 Komen:

  1. sempoi Tuan...pandangan anda saja dapat menjernihkan keadaan sebab tuan kata apa pun orang mau dengaq steady

    BalasPadam
  2. dari sudut yang lain; insiden sebegini memberikan gambaran tambahan iaitu tudung tiada kaitan dengan pembentukan nilai-nilai positif sebagaimana ianya cuba digambarkan berulang kali selama ini.

    BalasPadam
  3. Pemimpin2 UMNO kita semuanya low class. Hanya pandai komen pada isu2 yang remeh. Isu2 yang lebih besar seperti pencerobohan lahad datu, kenaikan kos sara hidup,pemimpin UMNO tak sempat belajar lagi sebab kelayakan mereka tahap tadika. Sebab itu Najib Atlantuya suruh kita makan kangkung dan ayam RM 1.Mungkin lepas ni KJ akan suruh kita makan rumput lah kot sebab dia ingat rakyat ni macam lembu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar nak 'main' lagi,nanti dia suruh kau orang bela dia ,itu tugas penting kau orang ,tak usahalah peduli pasal pemimpin Umno,standy je tugas kau orang bela kerja maksiat Anwar.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top