Kredit foto peribadi Wafiey Haskia
Tragedi nahas yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak diruang udara Ukraine benar-benar mengemparkan seluruh dunia.
Salah seorang mangsa yang terlibat dan terkorban akibat nahas tersebut iaitu pramugara Shaikh Mohd Noor bin Mahmood. Berita kemalangan itu memberi kesan hebat kepada rakan baiknya Wafiey Haskia dan berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan oleh sahabatnya Shaik semasa tragedi kehilangan MH370 pada Mac lalu.
“Ya Allah, menangis bila cerita ni pada you. He's very protective, I dulu time budak, jangan ada orang usik I. Dia akan selalu ada. I see a lot of my dad in him.
Hati dia baik sangat, tolong orang tak kira siapa, time or even akan susahkan dia sendiri…dia tetap akan tolong,” ujar Wafiey mengenai keperibadian murni Shaikh.
"Arwah ada cakap masa insiden MH370, he wished he was on that flight, so that the whole Malaysia akan doakan dia, now his wish granted. Innalillah…,” kata Wafiey sedih apabila teringatkan kata-kata pramugara itu.
Wafiey turut memberitahu dia berasa cukup risau dan tertekan dengan insiden ini kerana isterinya juga merupakan seorang pramugari. Walaubagaimanapun, menurut bapa kepada seorang anak ini, walaupun sedih dengan kejadian yang menimpa, dia tetap redha dengan ketentuan Allah. Apa pun yang menyebabkan nahas MH17 ini berlaku, pasti ada hikmahnya.
- SUMBER
Juruterbang
1. Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin (50 tahun)
2. Kapten Choo Jin Leong Eugene (45 tahun)
3. FO Ahmad Hakimi Bin Hanapi (29 tahun)
4. FO Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim (27 tahun)
Pramugara dan pramugari
1. Mohd Ghafar Bin Abu Bakar (54 tahun)
2. Dora Shahila Binti Kassim (47 tahun)
3. Azrina Binti Yakob (41 tahun)
4. Lee Hui Pin (42 tahun)
5. Mastura Binti Mustafa (40 tahun)
6. Chong Yee Pheng (40 tahun)
7. Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (44 tahun)
8. Sanjid Singh Sandhu (41 tahun)
9. Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin (42 tahun)
10. Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (31 tahun)
11. Angeline Premila Rajandaran (30 tahun)
Kesemua krew MH17 adalah warganegara Malaysia.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat - Al Fatihah buat mereka yang beragama Islam dan bertafakur untuk mereka yang bukan beragama Islam.
Pesawat Boeing 777 (9M-MRD) - pergimu tidak kembali.
Berikut adalah lagu raya terakhir yang dikirimkan buat keluarganya :
Berikut adalah lagu raya terakhir yang dikirimkan buat keluarganya :
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....