Nuffnang

TERKINI : Nelayan Ditahan Dan Dilepaskan, Bukan Diculik - Ketua Pengarah ESSCOM



SEMPORNA – Seorang nelayan mendakwa beliau dan lapan lagi nelayan lain ditahan sekumpulan lelaki bersenjata di kawasan perairan Silapak, Semporna semalam.





Menceritakan kejadian itu, Muhammad Asri berkata dia dipaksa menaiki sebuah bot yang membawa sekumpulan lelaki bersenjata yang memintanya menunjukkan jalan ke Pulau Mabul kononnya ada keluarga mereka yang berkahwin di sana.

“Ketika itu, saya bersama dua abang ipar menangkap ikan di perairan Silapak, berhampiran Pulau Bum-Bum sebelum kami dihampiri bot kumpulan lelaki itu pada kira-kira 7 petang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun ketika dalam perjalanan ke Pulau Mabul, kumpulan itu meminta bot yang mereka naiki pergi ke Pulau Kapalai apabila melihat lampu yang cerah di pulau itu dan diberitahu bahawa ia merupakan tempat pelancong asing.

Apabila hampir tiba di Pulau Kapalai, anggota kumpulan itu memakai topeng dan mengeluarkan senjata, tetapi ketua kumpulan itu meminta pengemudi bot segera berundur bot apabila melihat terdapat sekumpulan anggota keselamatan di jeti pulau itu, katanya.

Muhammad Asri mendakwa bot mereka kemudian menghala ke Pulau Omadal dan dalam perjalanan itu, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan berhenti berhampiran sebuah bot nelayan dan memaksa kesemua lapan nelayan di dalam bot itu menaiki bot mereka.

Kesemua mereka kemudian diarah terjun ke laut dan berenang menyelamatkan diri ke arah sebuah bot nelayan lain, katanya.

Lapan nelayan itu dihantar ke bot mereka semula manakala Muhammad Asri dihantar ke jeti di Semporna dan tiba di sana kira-kira jam 4 pagi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohamad Mantek berkata kejadian itu bukan kes penculikan sebaliknya nelayan berkenaan hanya ditahan dan dilepaskan dalam tempoh 24 jam. 

Mohamad berkata laporan polis daripada mangsa mengenai kejadian itu telah dibuat dan motif kumpulan itu bertindak demikian serta jumlah keanggotaan kini dalam siasatan.

Polis sedang mengesan kumpulan itu dan rondaan pasukan keselamatan telah dipertingkat, katanya. 

– Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top