Nuffnang

LANUN : Polis Sabah Telah Kenalpasti 2 Kumpulan!!

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis sudah mengenal pasti dua kumpulan perompak laut atau lanun yang biasa memasuki perairan Malaysia dan mengganggu aktiviti nelayan di negara ini.



Hamza berkata kumpulan-kumpulan lanun terbabit dikenal pasti berdasarkan risikan anggota keselamatan Malaysia serta kerjasama dan pertukaran maklumat dengan pasukan keselamatan negara jiran.

Katanya satu atau dua kumpulan berkenaan memang perompak laut dan polis akan membawa gambar-gambar kumpulan berkenaan untuk ditunjukkan kepada mangsa bagi mengenal pasti sama ada kumpulan itu (yang menahan mereka) atau tidak.

“Pada saya mungkin ini (kumpulan bersenjata api) adalah perompak laut atau lanun. Pelanunan ini berlaku di mana-mana, di Selat Melakapun berlaku. Tetapi pada saya itu perompak laut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah.

Hamza berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan polis berhubung insiden sekumpulan lelaki bersenjata api yang menahan sembilan nelayan di perairan Semporna antara jam 7 malam hingga 1 pagi Selasa lalu.

Kumpulan bersenjata terbabit dikatakan meminta nelayan yang ditahan menunjukkan mereka jalan ke arah pulau sebelum membebaskan nelayan itu dengan mengarahkan kesemuanya terjun ke laut.

Bagaimanapun, Hamza berkata pemantauan oleh anggota keselamatan dan polis terus dipertingkatkan meskipun berhadapan masalah kesukaran mengenal pasti yang mana bot perompak dan nelayan.

Hamza memberi jaminan bahawa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) adalah selamat dan masyarakat tidak perlu khuatir kerana keanggotaan dan aset yang ditempatkan di ESSCOM cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya pada masa ini Sabah mempunyai empat batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) berbanding cuma tiga batalion di Sarawak dan kekuatan itu belum termasuk tentera darat, laut dan udara, Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2, Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Pasukan Polis Marin. – Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top