Nuffnang

AMEKKAU!! Kit Siang Kena Tempelak Ahli DAP Sendiri Isu RCI 13 Mei

Punyalah berkobar-kobar dan berapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat insiden 13 Mei 1969, rupa-rupanya cadangan tersebut ditolak dan dipandang sepi oleh ahli DAP sendiri.




Pandangan itu disuarakan oleh seorang Ahli DAP yang juga anak bekas Naib Pengerusi parti itu, Allahyarham Ahmad Nor, Amran Ahmad.
 
Beliau berpendapat bahawa senario masyarakat ketika ini menerima rusuhan kaum lebih empat dekad lalu itu sekadar coretan di dalam lipatan sejarah yang tidak perlu dibincangkan lagi.
 
"Mengadakan RCI 13 Mei akan mengundang lebih banyak kecelaruan di dalam minda masyarakat Malaysia dan ini pastinya tidak baik kepada rakyat terutamanya golongan muda," kata Amran.
 
Tegas beliau, Malaysia tidak perlu mengimbau semula sejarah-sejarah silam kerana kepentingan politik semata-mata.
 
"Golongan muda sekarang makin hari makin bercelaru tentang apa yang terjadi di dalam rusuhan kaum itu," kata Amran yang terus menanam hasrat untuk bertanding di dalam pemilihan semula jawatankuasa pusat CEC DAP yang sebelum ini sarat dengan kontroversi.
 
Amran menepis kenyataan Kit Siang pada Jumaat yang menyeru Kabinet supaya menubuhkan dengan tujuan untuk menyembuhkan luka paling buruk dalam rusuhan kaum yang berlaku dalam insiden 13 Mei 1969.
 
Ketua Parlimen DAP itu berkata RCI ini bukan bertujuan menghukum tetapi untuk memecahkan tembok perkauman yang tidak berpenghujung dalam negara.
 
Gesaan Kit Siang itu bertitik tolak daripada persoalan yang berbangkit mengenai filem Tanda Putera yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini.


Jadi, Kit Siang ini membawa suara siapa sebenarnya? Adakah suara masyarakat Cina, suara ahli DAP atau hanya suara dan desakan peribadi beliau semata-mata?

Kalau betullah beliau begitu prihatin kepada isu-isu perpaduan, apa kata beliau memastikan semua syarikat Cina menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi urusan perniagaan, tiada syarat wajib dalam permohonan pekerjaan yang mewajibkan pemohon fasih berbahasa mandarin serta berketurunan Cina, mengecam tindakan pasangan Alvin yang terang-terang menghina Melayu dan Islam.

Inikah namanya perjuangan untuk perpaduan?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top