Nuffnang

ANAK MUDA BERSUARA!! 10 Pemimpin UMNO Yang Perlu Berundur!!

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang bakal mengadakan pemilihan tidak lama lagi, wujudlah cakap-cakap di sana-sini perihal calon yang disukai, calon tak sedar diri serta calon yang sibuk melobi. Jom Kita lihat senarai ini :



10. Dato' Sulaiman B. Mohd Karli

Beliau dikatakan punca kekalahan paling teruk di Kuala Langat dan sejak 2008, UMNO Bahagian Kuala Langat menjadi antara bahagian bermasalah.



9. Dato' Shaziman bin Abu Mansor 

Ahli Parlimen Tampin. Apa salah YB ni ya? Ikut orang cakap dia antara MT yang gagal. Hmm




8. Dato' Sri Dr. Ir. Jamaluddin bin Mohd. Jarjis 

Ketua UMNO Bahagian Rompin ini sebenarnya disukai di bahagian dia sendiri. Namun ada suara-suara mengatakan dia merupakan 'pencatur calon' pada PRU13 yang lepas membuatkan akar umbi menolak dia untuk MT.




7.Datuk Zainal Abidin Osman

Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Sebab musabab dia ditolak adalah sifat 'ignorance' dia terhadap kepimpinan Pulau Pinang. Apa masalah sebenar dia mesti orang UMNO Pulau Pinang lebih mengetahui. Lagipun BN Kalah di Pulau Pinang, boleh tukar kot untuk idea dan strategi baru.




6. Dato' Tajuddin Abdul Rahman

Ahli Parlimen Pasir Salak yang sudah berapa penggal. Antara veteran UMNO yang patut sudah boleh angkat kaki dan beri peluang kepada anak muda. Dia juga terkenal sebagai orang yang memalukan BN di dalam Parlimen Malaysia bila mudah baran dan suka maki.




5. Dato' Hj Tajul Urus B Hj Mat Zain

Gagal di bahagian sendiri. Terus terang orang yang sombong dan angkuh. Bercakap berdasarkan pengalaman. Sepak kamera kawan Keris tapi tak minta maaf. Siap jeling lagi. Ini nak menerajui kepimpinan UMNO?




4. Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee 

Seorang Ketua Bahagian yang sangat aktif dalam mencari kesalahan orang lain. Kerja dia kritik, kritik, kritik. Bahagian sendiri sampai sudah tak menang-menang tapi dok sibuk cerita pasal bahagian orang lain. Lagipun takkan tak ada orang lagi dekat Cheras yang boleh bagi formula memenangkan BN?




3.Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin 

Gagal di Gombak maka sebagai orang bertanggungjawab, sudah pasti dia harus berundur demi memastikan BN merampas kembali Gombak. Lagipun Gombak bahagian yang bermasalah selepas Kuala Langat.




2. Y.B Dato’ Ir. Mohd Zin Mohamed

Pemimpin UMNO Selangor yang bukan anak jati Selangor. Harus bertanggungjawab diatas kekalahan Selangor buat penggal yang kedua. Dia juga dikhabarkan sebagai 'pencatur calon' yang akhirnya memusnahkan UMNO Selangor. Manusia yang memalukan Perdana Menteri ketika itu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Dia sendiri kalah di Sepang dengan wakil rakyat PAS yang perangai buruk.




1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Ada ramai ahli-ahli Wanita kata, Shahrizat sudah tiba masanya untuk berundur. Terlalu banyak kontroversi yang mana melemahkan sayap Wanita UMNO. Dia juga kalah pada Nurul Izzah dan tidak tercalon pada PRU13 (bukan winnable candidate kot?). Sampai bila persepsi negatif terhadap Wanita UMNO harus ditanggung oleh akar umbi? Banyak kelemahan dia telah menjadi bayangan kepada Wanita UMNO. Nak simpan lagi?


Suara Rakyat Suara Keramat
Suara Anak Muda Jangan Tak Ingat!!
Alang-Alang Kalau Tak Pandai Berkhidmat!!
Berundurlah Dahulu Secara Terhormat!!

Share this article

3 Komen:

  1. kah3. copy paste tp pantun lagak mcm hebat. suara anak muda UMNO je yg berhak ckp psl ni. kau ahli UMNO ke sedara BB? xyh cakap sampah la..

    BalasPadam
  2. aku setuju dgn BB...

    BalasPadam
  3. kesimpulannya....KELEMAHAN DISEBABKAN KEPIMPINAN....KEPIMPINAN JUGA PATUT DITUKARKAN...MUKA MUKA NI TAK MEMBAHAYAKAN SANGAT KERANA BERKUASA DI KAWASAN TAPI PERHATIAN TETAP KEPADA PUCUK PIMPINAN.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top