Nuffnang

TEMBAK KEPALA!!! Penjual Ikan Mati Dengan 7 Tembakan!!

TEMERLOH: Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau di sini malam Jumaat.



Gambar Hiasan
Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.

Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.

Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos lepas dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos lepas, katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu di sini, Sabtu.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan.


-BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top