Nuffnang

AYOYO!!! Timbalan Menteri Telah Bersuara Isu Gengster!! Timbul Pula Watak Heroin?

Jenayah Punya Pasal, Menteri dan Timbalan Menteri Saling Menuding Jari. Masing-masing nak tunjuk hero ke? Tu belum kira muncul watak Heroin pula (Nancy Shukri) yang sedang mempertimbangkan untuk mengadakan inques ke atas pihak polis yang menembak mati 5 penjenayah di P. Pinang tempoh hari. Hishamuddin? Pelakon tambahan je la...



Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata keganasan bukan satu jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi masyarakat India berhubung peningkatan kadar jenayah. 

"Di setiap bandar utama di pantai barat, saya pasti ada beberapa kumpulan dan mungkin sama ramai seperti di Pulau Pinang. Itu jumlah yang besar dan menggusarkan. 

"Adakah timbul cadangan supaya kita tembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah?," katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau mengulas kritikan ke atas kenyataannya sebelum ini berhubung tindakan polis menembak lima orang pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini. 

"Episod tersebut mungkin menghapuskan lima orang dari jalanan dengan cara tersebut, tapi adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah jenayah?" soalanya. 

Beliau juga mengakui kenyataan polis pada hari Sabtu lalu bahawa masyarakat India menghadapi ancaman serius dalam peningkatan gengsterisme. 

"Dalam perarakan pengebumian salah seorang dari yang meninggal dunia pada hari itu, akhbar melaporkan seramai 800 orang pemudia India didakwa anggoa Geng 04 menyertainya. 

"Semalam dilaporkan bahawa pengarah CID Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota gengster menunjukkan 71 peratus dari kalangan orang India," katanya.

Habis yang Polis kena belasah ape cer?






Polis Terkorban Mempertahankan Negara Ape Cer? Nak buat inkues jugak ker?



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top