Nuffnang

SALAH LANGKAH!! PENYAMUN MATI DITEMBAK MANGSANYA!!



PETALING JAYA - Hajat seorang penyamun melarikan sebuah kereta Perodua Myvi berakhir selepas suspek mati ditembak pemiliknya yang merupakan seorang anggota polis berpangkat koperal.

Dalam kejadian sebelum jam 4 pagi tadi di hadapan Bank CIMB Damansara Utama itu, suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging meminta anggota polis itu menyerahkan telefon bimbit, wang tunai dan kunci kereta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek yang memakai topi keledar terlebih dahulu meletakkan parang dileher anggota polis berkenaan yang ketika itu mahu mendepositkan wang ke dalam mesin.

Menurut beliau, bimbang dicederakan mangsa yang ketika itu berpakaian biasa menyerahkan barangan berharga seperti yang diminta oleh suspek.

“Anggota polis terbabit cuba menghalang suspek melarikan keretanya dengan memperkenal diri sebagai anggota polis, namun suspek meluru mahu menyerangnya dengan pisau menyebabkan mangsa melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai tepat pada bahagian badan dan kepalanya,” katanya.

Menurutnya siasatan lanjut mendapat lelaki berusia 43 tahun itu mempunyai rekod pernah ditahan polis beberapa kali kerana terlibat dalam kes pecah rumah, dadah dan curi kereta.

Jelas Arjunaidi, manakala mangsa berusia 34 tahun yang bertugas di Balai Polis Kampung Baru Subang itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan samun.

Mayat kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

- SINAR
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top