Nuffnang

ISTERI PERTAMA PEMIMPIN POLITIK TRAUMA DISERANG ISTERI KEDUA


SERDANG - Isteri pertama seorang pemimpin politik di negeri ini mendakwa hidup dalam keadaan trauma selepas isteri kedua suaminya datang menyerang kediamannya di sebuah taman perumahan, dekat sini, pagi kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan lima anaknya berusia 3 hingga 12 tahun yang kebetulan berada di rumah menangis ketakutan berikutan wanita terbabit dikatakan menghentak pintu rumahnya berkali-kali hingga mengalami kerosakan.

Mangsa, 42, berkata, kejadian bermula kira-kira jam 10 pagi apabila pintu rumahnya diketuk beberapa kali.



Mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat sejak tahun lalu kerana trauma dan bimbang keselamatan diri serta anak-anaknya.


Mendengar ketukan itu, anak perempuannya yang berusia 12 tahun membuka pintu untuk melihat siapa yang berada di luar.

Sebaik membuka pintu dan terlihat wajah isteri kedua suaminya, mangsa menyuruh anaknya menutup pintu.

Geram dengan tindakan anak mangsa, wanita terbabit dikatakan menggoncang pintu jeriji rumah itu berkali-kali.

Mangsa mendakwa, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaksa anaknya membuka pintu.

“Ketika itu saya dengar dia seperti menyuruh seseorang mengambil tukul dan parang sebelum terdengar bunyi hentakan dan pukulan bertalu-talu di pintu kediaman rumah pangsa yang saya diami bersama anak-anak.

“Kesemua anak menangis ketakutan, manakala ibu saya yang uzur berusia 77 tahun turut tinggal bersama terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit terus bertindak agresif menjerit-jerit di luar rumah, selain memecahkan pasu bunga dan mendakwa mempunyai waran tangkap.

"Wanita itu datang ke rumah saya untuk mengadakan perbincangan, namun tidak dapat dipastikan ia mengenai apa.

"Saya juga nampak suami berada di tempat letak kereta ketika wanita itu datang menyerang," katanya.

Disebabkan terlalu takut, mangsa menghubungi polis peronda sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

“Saya terpaksa buat laporan kerana bimbang keselamatan anak-anak tambahan pula pernah berlaku kes polis apabila suami memukul anak kedua sehingga terpaksa mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa sebelum ini pernah membuat hampir 10 laporan polis berhubung gangguan diterima daripada wanita terbabit dan suaminya sejak tahun lalu. - SINAR
Share this article

3 Komen:

  1. inilah sebab kenapa wanita pandang serong kepada poligami.. kalau baik pakat.. pasti boleh berunding dan jadi baik2 aje..

    dlm kes ini, suaminya lg la tak boleh pakai.. tak mampu.. hampeh.. lawak pun ada.. rasa susah nak percaya dan nak faham apa yg berlaku.. suka hati korang le.. tp bila dah d hebahkan begini.. rasa nak ketawa sampai kluar air mata pun ada..

    BalasPadam
  2. laki nak berpoligami... suke2 hati je... yang pmpuan bini no2 .. dah amik laki korang.. tak tunjuk taring..
    tak ada muafakat secara Islam...poligami nak ikut nabi.. tapi banggang.

    BalasPadam
  3. parti politik isle ke? atau politik islam? ke kafir (syiah)?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top