Nuffnang

Amek Kau!! Padah Berlagak Samseng Kepada Polis!!

Bagi kesalahan itu, dia boleh dipenjara sehingga tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Zainuddin Abdul Ghani di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala Abd Rasid tidak diwakili peguam.





Abd Rasid dipenjara tiga bulan selepas mengaku bersalah menghalang penjawat awam.



Tindakan seorang pengawal keselamatan berlagak samseng apabila memaki hamun anggota polis yang sedang mengeluarkan saman kepadanya menerima padah selepas dia dijatuhi hukuman tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Abd Rasid Abdullah, 37, dari Kampung Bukit Cempaka, di sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah dengan sengaja telah mengugut dengan niat menakutkan penjawat awam, Hang Kamarulzaman Zakaria dan Nik Yahaya ketika anggota berkenaan sedang menjalankan tugas.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan itu di tempat parkir motosikal di Pasar raya Giant, Jalan Sultan Mohamed, di sini, pada 14 Mei lalu, kira-kira jam 10 malam.

Belia yang merupakan seorang pengawal keselamatan memaki hamun anggota polis yang sedang mengeluarkan saman kepadanya selepas didapati bersalah melanggar lampu isyarat di Jalan Simpang Tok Ku, Chabang Tiga, di sini.

Suspek yang cuba melarikan diri berjaya ditahan di parkir motosikal di Pasar raya Giant, Jalan Sultan Mohamed, dan semasa sedang mengeluarkan surat saman, suspek yang masih bujang itu tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat sebanyak tiga kali kepada mangsa.

Tidak cukup dengan itu, suspek menumbuk ke arah kepala mangsa menggunakan tangan kanannya sehingga menyebabkan kecederaan di sebelah dahi kiri mangsa, bagaimanapun, cubaannya untuk melarikan diri gagal selepas tewas dalam pergelutan dengan mangsa.

- SUMBER


BB : ELOK RASANYA SETIAP POLIS YANG BERTUGAS SECARA BERTEMAN DAN SEORANG LAGI "STANDBY" DENGAN VIDEO CAMERA UNTUK MERAKAMKAN SEGALA KUTUKAN, TOHMAHAN ATAU PROVOKASI SEMASA MEREKA MENJALANKAN TUGAS!! AMACAM?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top