Nuffnang

MELAMPAU!!! ANGGOTA POLIS PARAH DITETAK DI BALAI POLIS!!!

Dua lelaki termasuk seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang lima lelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanya mengalami cedera ringan.



Gambar Hiasan


"Kedua-dua mangsa bersama dua orang lagi termasuk isteri mangsa sebelum itu sedang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Labis-Segamat.

"Bagaimanapun ketika di pertengahan jalan iaitu kira-kira dua kilometerv daripada Balai Polis Labis, kereta yang dinaiki mangsa telah ditahan oleh sekumpulan lelaki," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurutnya anggota polis berkenaan yang keluar daripada kereta selepas itu telah ditetak dengan parang daripada belakang oleh salah seorang lelaki terbabit menyebabkan mangsa terpaksa menyelamatkan diri dan kembali masuk ke dalam kereta.

Katanya, melihat keadaan itu rakan mangsa bertindak memecut kenderaan ke arah balai polis, namun telah diekori oleh kumpulan lelaki tersebut dengan sebuah kereta.

"Rakan mangsa yang keluar untuk membuat laporan kemudian telah diserang di kawasan balai polis berkenaan sebelum anggota polis di balai polis berkenaan bertindak menahan mereka yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, polis menahan lima lelaki berusi 30 hingga 40-an di tempat kejadaian dan merampas empat bilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Anggota polis berkenan kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan manakala rakannya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar. - BERNAMA
Share this article

4 Komen:

  1. Nsib baik xde yg mati

    BalasPadam
  2. apa dah jadi dgn keselamatan negara? penjenayah berleluasa... smpai ada yg sanggup serang polis....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini masalah peribadi sebenarnya, tiada kaitan dengan lain2 perkara ..

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top