Nuffnang

KEMATIAN TAHANAN ADA UNSUR JENAYAH! - POLIS





Kematian seorang tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada Selasa selepas mengadu sakit dada, didapati mempunyai unsur jenayah, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi menunjukkan terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian tahanan tersebut," katanya dalam satu kenyataan Rabu malam.

Beliau berkata polis Kuala Lumpur merujuk kes itu ke Bukit Aman dan menerima arahan agar ia diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk tujuan penyiasatan.

Pegawai penyiasat jenayah Bukit Aman akan dilantik untuk menjalankan siasatan lanjut kes itu, katanya.

Mangsa mengadu sakit dada pada kira-kira 9 malam sebelum dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Mangsa merupakan seorang daripada empat suspek yang ditahan berhubung kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 Mei lepas.


-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top