Nuffnang

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HIMPUNAN GULING KERAJAAN #3112


Dataran Merdeka pada jam 10 malam tadi. Dianggarkan sekitar 2000 orang. Namun sukar dipastikan apakah berapa ramai peserta demontrasi dan berapa ramai rakyat biasa yang datang untuk menyambut tahun baru dan menonton demontrasi ini.



10.24 mlm


Rondaaan oleh pihak keselamatan Dayabumi menjumpai 4 parang panjang dan 3 pisau rambo di laluan jalan kaki belakang Dayabumi.



10.20 mlm












read more...

APA NAK JADI? Persatuan Mahasiswa Pula Ajak TURUN BERDEMO!!!!



Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menggesa seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa agar turun menyertai Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada malam tahun baru malam ini, samnil menegaskan ia bukan untuk mengguling kerajaan sebagaimana didakwa. 

Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa dalam kenyataan medianya berkata, himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan rakyat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.

Bagi beliau, respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan.

"Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini," katanya. 

Ini adalah kenyataan terbuka yang kedua dari persatuan pelajar universiti tempatan, selepas kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC-UIAM).

Sebelum ini, pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Nor Azan Safar, ditahan polis kerana didakwa mendalangi perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

- TMI, 31 Disember, 2013
read more...

APA HAL? Belum Apa-Apa Flashmob Pakatan Hampir-Hampir Meragut Nyawa!!





Bila diberitahu bahawa sebarang demonstrasi atau flashmob hanya menyusahkan dan membahayakan keselamatan awam, maka ramailah penyokong Pakatan Rakyat yang membantah. Diberikan segala macam dalil dan dalih sehinggakan dikatakan juga bahawa 'demonstrasi' di Arafah (ijtihad PAS ler) tidak menggulingkan kerajaan Arab Saudi, malah dituntut dan menjadi rukun pula.

Malangnya, puak-puak tidak bertanggungjawab ini hanya pandai bercakap tetapi apabila natijah daripada perbuatan mereka membabitkan keselamatan awam, mereka tidak sahaja lepas tangan dan enggan bertanggungjawab bahkan lari macam anjing tersepit telur.

Itu yang berlaku pagi tadi di Sungai Besar apabila flashmob yang diadakan oleh 10 pemimpin dan ahli-ahli PAS Sungai Besar di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga Loji, hampir meragut nyawa dan merosakkan sebuah beberapa buah kenderaan.

Flashmob tersebut turut dihadiri oleh Fadzlin Taslimin, YDP PAS Kawasan Sungai Besar, Salleh Hussin, Timbalan YDP PAS Kawasan Sungai Besar, Rojikin Sarbini, Naib YDP PAS Kawasan Sungai Besar dan Zulkifli Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sungai Besar.






Selepas memasang dua kain rentang dan berkumpul sambil terjerit-jerit, ketika itulah berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di persimpangan lampu isyarat tersebut. Sebaik-baik sahaja kemalangan berlaku, para peserta flashmob itu segera melarikan diri bahkan langsung tidak memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan.

Kemalangan berlaku apabila pemandu lori leka melihat para peserta flashmob berkumpul, menyebabkan lori yang dipandu perlahan melanggar belakang sudah kereta yang berhenti di lampu isyarat tersebut.

Kerana enggan bertanggungjawab dan dipersalahkan sebagai punca kemalangan, para pemimpin dan ahli-ahli PAS Sungai Besar yang sebelumnya begitu bersemangat, terus melarikan diri tanpa menoleh lagi. Ramai pula yang berkumpul di sebuah kedai kopi tidak jauh dari tempat kemalangan sambil berbual-bual tanpa rasa bersalah sedikit pun!!!






read more...

BIAR BETUL!! Pesta Muta'ah Di Dataran Malam Ini?



Bior betul beb!!! Adakah ini benar2 atau gurauan semata-mata? Hanya Ali Hanifah Al Qadahi yang mengetahuinya.

Sebenarnya gambar ini dah banyak sangat digunakan di media sosial dan internet. Memang comel la AWEK ni.. Cuma apa sebenarnya MOTIF Ali Hanifah? Adakah akan wujud keadaan sebenar seperti yang cuba disampaikan beliau pada postingnya ini?

Apa pun motif beliau, admin berharap sangat perkara ini tidak akan berlaku. Na'uzubillah.

Wallahu Alam

Jangan buat begini okey!!!



read more...

Himpunan 31 Dis 2013 : BOM Buatan Sendiri Dirampas!!!





Polis Selangor telah menahan seorang pembantu kedai peralatan sembahyang berusia 46 tahun malam tadi di Taman Halaman, Ampang selepas dikejar.

Suspek memiliki objek yang dipercayai bom buatan sendiri untuk kegunaan Himpunan malam ini.

Unit bom polis mengesahkan paip pvc milik lelaki itu mengandungi belerang, serpihan kaca dan paku.

Suspek mempunyai 9 rekod jenayah lampau termasuk dadah.


Ni ape citer ni? Mana Rafizi? 

Benarlah apa yang dihebohkan di media sosial 2-3 hari ni?

SYABAS PDRM!!!

Bernama juga melaporkan Polis Selangor mendedahkan penemuan satu bom buatan sendiri dari seorang lelaki di Tasik Permai, dekat Ampang, kira-kira jam 10.30 pagi, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.





"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.



Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan. - Bernama

read more...

ORANG SARAWAK SUKA DEMO? Biar betul!!!




Semalam, Chegu Bard atau yang nama sebenarnya Badrul Hisyam Shahrin, aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat membuat posting pada akaun FB mendakwa seorang rakan SAMM Sarawak ditahan polis ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Chegu Bard, yang nyata gagal mengkotakan janji setelah bercakap besar akan mengadakan demonstrasi dihadapan rumah Ketua Menteri Sarawak semalam bagaikan anjing yang menyepit ekor dicelah bontotnya (padanlah dengan namanya Chegu Butt) dijadualkan balik ke Semenanjung selepas lawatan hambarnya di negeri Sarawak.




Walaupun berita mengenai tangkapan ini masih belum ada kesahihannya, namun terdapat juga sumber menyatakan seorang lelaki yang didakwa telah mengeluarkan ugutan terhadap Ketua Menteri Sarawak beberapa hari yang lalu.

Jika benarnya kata sumber ini, akulah yang pertama sekali ingin mengucap syabas dan tahniah kepada PDRM kerana menjalankan tugas yang pantas dan cekap. Aku juga lah pertama bertepuk tangan dan ketawa tergoleng-goleng! Kekeke!!!

read more...

THE STAR BUAT LAWAK? LANGKAH PENJIMATAN KERAJAAN

Apa motif The Star? Tak sengaja atau memang disengajakan. Sebagai akhbar perdana, tidak sepatutnya "kesilapan" seperti ini dilakukan. Siapa pengarang atau ketua editor?

Jangan pula jadi seperti akhbar pembangkang yang suka SPIN setiap masa.

Jaga la hati dan perasaan orang khususnya penjawat awam ni. Sudah la "berkorban" demi negara, dipersenda-sendakan pula.

Dan ini bukan kali pertama...dah banyak kali. Dah macam akhbar pembangkang pula. Tu gua tak cerita lagi agenda-agenda "tersembunyi" bangsa tertentu dalam penulisannya.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top