Nuffnang

#PAU2012 : ANWAR GABRA KEPANASAN, POST DI #FB IBARAT MELUDAH DIRI SENDIRI

 
Petikan di bawah adalah komen balas DSAI terhadap PAU 2012 khususnya ucapan penutup YAB Presiden UMNO yang BB petik dari FB beliau. Jom sama-sama kita membaca dan menilainya dengan  fikiran dan akal yang WARAS.
 
 

 
 
 
Dalam tempoh PRU13 yang kian hampir, UMNO telah menunjukkan tanda-tanda ketidakyakinan dalam mempertahankan kuasa mereka. Jelas mereka tidak mampu untuk menangkis setiap idea dan dasar kami; lantas menyerang dengan membenih politik kebencian dan ketakutan. Dengan media arus perdana yang semakin ketandusan isu, UMNO sedang memaksimakan setiap helah yang ada untuk memasung agenda perkauman dan ketakutan dalam kalangan rakyat demi mengelak balasan yang bakal menimpa mereka jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak.



"SIAPA YANG MEMBAKAR SENTIMEN KEBENCIAN??? SIAPA YANG MEMPELOPORI HIMPUNAN DAN DEMO YANG MEMBAWA KEPADA KEKACAUAN?"

 


Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai itu adalah pelantar untuk meningkatkan lagi serangan yang berbentuk penipuan dan penghinaan diketuai oleh Perdana Menteri iaitu Presiden UMNO sendiri, Dato’ Seri Najib Razak. Kami mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah. Ideanya mudah; memperbodoh-bodohkan rakyat dengan menyuburkan idea bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat yang akan menggadaikan maruah negara demi kepentingan politik. Malah lebih malang lagi apabila idea itu tidak disokong dengan fakta dan hujah yang empirikal, kenyataan Najib adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan hanya dibuat oleh orang yang tidak punya maruah dan moral sama sekali.
 
 
"BERMARUAH SANGATKAH ORANG YANG TIDAK BERANI BERSUMPAH MENAFIKAN TUDUHAN TERHADAP BELIAU"
 

Senario simptom ketakutan hilang kuasa ini dimulakan momokkan insiden 13 Mei sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Kami mengerti bahawa Ketua Wanita UMNO cuba untuk menghidupkan semula kareer politik beliau yang telah pupus akibat didesak untuk meletakkan jawatan dalam skandal ratusan juta NFC. Tetapi dengan menggunakan hujah picisan sebegitu adalah tidak munasabah. Tindakan menyeru kembali ‘hantu’ 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu, seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya UMNO kehilangan kuasa. Hujah tersebut bukan sahaja biadap, malah boleh dianggap sebagai hasutan dan dikategorikan sebagai satu jenayah.
 
 
"BUKAN JENAYAHKAH HIMPUNAN YANG MEROSAKKAN HARTA AWAM, MENCEDERAKAN POLIS, MENIMBULKAN HURU-HARA DAN MELAGA-LAGAKAN PEMIMPIN DENGAN RAKYAT?"
 

Jelas sekali bahawa Pakatan Rakyat telah muncul sebagai ancaman utama kepada hegemoni UMNO-Barisan Nasional, dan ini menyebabkan mereka melancarkan tuduhan liar tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya saya sebagai proksi kepada kedua-dua kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa! Kenyataan tidak masuk akal itu mungkin lucu, tetapi dengan pengawalan sepenuhnya media cetak dan elektronik, UMNO sedang menyebarkan agenda penipuan yang mampu membanggakan Goebbels. Menggunapakai taktik pengulangan ‘penipuan besar’ ini, media mereka bertujuan untuk menggambarkan kewangan atau perberhandaraan negara mungkin dikawal oleh kuasa luar sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
 
 
"TIDAKKAH PR YANG MEMPELOPORI PENIPUAN BESAR KEPADA RAKYAT? LIHAT ISU SCORPENE, ISU LYNAS, ISU PKNS DAN ISU AIR DI SELANGOR, ISU UMNO KAFIR. MEDIA CETAK DIKAWAL? TAPI MENGAPA HARAKAH, SUARA KEADILAN, MALAYSIAKINI DAN LAIN-LAIN MASIH BEBAS DITERBITKAN?"
 

Media UMNO juga keterlaluan dengan membakar api perkauman dan agama dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur ekstremis dan rasis daripada perwakilan. Menurut UMNO, hanya mereka sahaja yang mampu menjuarai Islam; bukan KEADILAN mahupun PAS. Justeru itu mereka berhujah bahawa gejala murtad akan dilestarikan dan Malaysia akan ditransformasikan menjadi negara Kristian jika UMNO pupus pada pilihanraya akan datang.
 
 
"SIAPA YANG MENYOKONG LGBT? SIAPA YANG MENYUARAKAN KEBEBASAN BERAGAMA KHUSUSNYA DI KALANGAN ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM? SIAPA?"
 

Ucapan pembukaan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO dipenuhi dengan serangan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya ke atas saya dan di dalam gaya bahasa yang tidak sewajarnya dilafazkan oleh seorang yang negarawan. Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu? Apakah dasar baru yang dibentangkan demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan?
 
 
 
"JANGAN CAKAP SAHAJA, LIHATLAH APA ISINYA BUKU JINGGA, LIHAT JUGA BAJET 2013 PR YANG KORANG JAJA"
 
 
Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas, supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa yang bercakap benar dan siapa yang gemar menipu. Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun berdebat dengan saya di dalam gelanggang!
 
 
 
"BERSEMUKA???? CUKUP-CUKUPLAH......, BUANG MASA SAHAJA TERUTAMA DENGAN PAKAR PUTAR BELIT MACAM SAUDARA"


Akhir sekali, kepada anak muda seperti saya, yang mempunyai KUASA MEMILIH dan MENENTUKAN siapa pemimpin kita, hayatilah bait2 lagu ANAK KECIL ini.......

 
 
 
 
 
Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri


read more...

AKIBAT KHALWAT, KETUA PENGARAH DITURUNKAN PANGKAT, PASANGAN DITURUNKAN GRED GAJI

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.
 
 
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.
 
 
 
 
 
Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
 
Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini. SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
 
 
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama
 
 
SUMBER - BERNAMA
 
 
 
read more...

GARUDA DIBAHAM! KINI SANG GAJAH MENANTI.

KUALA LUMPUR — Ketua jurulatih skuad kebangsaannya melupakan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, sebaliknya menuntut mereka memberi fokus sepenuhnya dalam aksi menentang Thailand.

Skuad Harimau Malaya yang muncul naib jualra Kumpulan B dijadual bertemu Thailand

selaku juara Kumpulan A pada saingan separuh akhir, 9 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi timbal balik pada 13 Disember di Stadium Rajamangala, Bangkok. 

Satu lagi separuh akhir bakal menemukan Singapura menentang Filipina yang akan berlangsung pada 8 dan 12 Disember. Rajagopal berkata skuad Gajah Putih itu merupakan pasukan hebat memandangkan mereka menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam dua edisi Piala AFF lepas.

 "Thailand sememangnya satu pasukan yang kuat dan pada tahun ini, mereka muncul juara kumpulan A, jadi kita perlu meningkatkan lagi prestasi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Indonesia yang menyaksikan anak buahnya mencatatkan kemenangan 2-0. Bernama
BB yang turut berada di Stadium Nasional
read more...

SUKAN DAN BELIA : BAJET PAKATAN TIDAK DAPAT DITANDINGI BN!!!

Perbandingan sering dibuat bagi menilai komitmen serta tanggungjawab parti yang akan mentadbir negara khususnya mereka yang tidak cenderung memihak kepada mana-mana parti (atas pagar). Setiap parti pasti akan menjaja dan mengetengahkan tindakan serta perancangan masing-masing sekiranya memenangi pilihan raya khususnya PRU 13 yang semakin hampir ketika ini.
 
 
Dalam membuat tafsiran dan rasional bajet yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak, BB dapat membuat rumusan seperti berikut:
 
 
 
BAJET BARISAN NASIONAL
 

-     Pemberian BR1M 2.0 melalui Bajet 2013 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak 250 ringgit.

-     Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran.

-     Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID.

-     Kerajaan turut melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara. Kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang merupakan perhimpunan belia terbesar negara bersempena dengan perisytiharan tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan nasional.

-     Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan. Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan oleh SME Bank.

-     Kerajaan akan melancarkan Pertandingan Lautan Biru  1Malaysia For Youth atau 1M4U sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia untuk mereka mempersembahkan idea-idea kreatif dan inovatif.

-     Melalui Pakej Komunikasi Belia, belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah berpeluang memperolehi rebat 200 ringgit bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G.



 
BAJET PAKATAN RAKYAT
 
-       Bajet 2013 PAKATAN RAKYAT telah disemak, tiada insentif kepada belia dan sukan.


BB : Terpulang kepada individu untuk menilainya. Ada otak PAKAI....
read more...

SISWI MENDOMINASI UNIVERSITI, SISWA KE MANA???

JIKA dulu, dunia wanita hanya terhad di rumah atau ceruk dapur dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dianggap melanggar norma tradisi.
 
 
Peluang pendidikan terhad dan pandangan skeptikal dilemparkan masyarakat menjadi batu penghalang kepada wanita memperoleh pekerjaan baik atau menerajui sesebuah organisasi.
 
 
Hari ini, wanita sudah membuktikan kemampuan apabila berdiri sama tinggi bersama lelaki selain mendominasi pelbagai sektor pekerjaan.


Malangnya, di tengah pengiktirafan itu masih terselit pertikaian dan pandangan skeptikal seperti tidak yakin dengan kebolehan wanita dalam melaksanakan mandat diberi.

 
 
 
 
 

Adakah gender menjadi penentu terhadap kemampuan wanita dalam melaksanakan tanggungjawabnya atau itu hanyalah spekulasi kosong semata-mata?

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata, melunaskan tanggungjawab dan kepercayaan diberi lebih penting daripada membuat perbandingan bagi menguji kemampuan individu.


Menurutnya, alaf baru menyaksikan wanita mempunyai peluang sama rata untuk menerajui organisasi atau memegang jawatan tinggi dalam pelbagai bidang tidak terkecuali dunia pendidikan tinggi.


“Isu gender hari ini sudah tidak relevan lagi untuk mengukur kemampuan individu dalam melaksanakan tanggungjawabnya.


“Jika dulu, gender mungkin menjadi syarat dalam sesuatu pemilihan, kini banyak lagi aspek ditekankan.


“Malah masyarakat kini melihat kebangkitan dan kemampuan golongan ini dalam melaksanakan tugasannya. Mereka memang berkelayakan,” katanya.


Beliau yang dilantik menerajui UIAM pada Ogos 2011 adalah Naib Canselor wanita ketiga memegang jawatan berkenaan selepas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Rafiah Salim.


Ditanya pandangan mengenai dominasi wanita sebagai ketua di institusi pengajian tinggi pula, beliau berkata, pencapaian itu amat membanggakan kerana memperoleh kepercayaan mengemudi sebuah institusi pendidikan.


“Umum mengetahui pendidikan adalah aspek penting dalam pembangunan jangka panjang negara bagi melahirkan generasi berpendidikan masa depan. Justeru, apabila wanita diberi mandat untuk melaksanakan proses itu, ia menunjukkan bahawa kemampuan wanita memang diiktiraf dan mendapat kepercayaan pihak yang memilih.

 
“Malah boleh dikatakan seperti penanda aras atau contoh bagi generasi berikutnya berusaha gigih dan menjadikan peluang membina masa depan yang baik,” katanya mengakui tiada batas sempadan bagi sesiapa yang mahu merebut kehidupan dengan nilai kejayaan.


“Hari ini kita lihat dan perlu mengakui mahasiswa wanita sudah banyak mendominasi tempat di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Bukankah pencapaian seperti ini amat hebat?


“Ia bagaikan isyarat dalam proses menuntut ilmu, nilai kemampuan berdasarkan gender bukan lagi ukuran. Inti pati kejayaan sebenar sebaliknya diukur berdasarkan semangat, usaha, kerja keras dan kemahuan untuk berjaya. Tidak mustahil langkah kejayaan seterusnya bakal menyusul,” katanya.


Malah, kejayaan ramai mahasiswa wanita yang mampu memperoleh pencapaian cemerlang saban tahun juga menjadi petunjuk bahawa sistem pendidikan negara berjaya merealisasikan sasarannya.


“Melaluinya, dapat disimpulkan bahawa negara kita memang serius mahu memartabatkan nilai sistem pendidikan dengan sentiasa membuka peluang kepada sesiapa saja. Tiada diskriminasi.


“Mereka dapat mengoptimumkan pencapaian diri dengan akses pendidikan menyeluruh tanpa halangan. Menerusi pencapaian mahasiswa wanita, kita yakin mereka juga dapat membantu negara melahirkan pewaris generasi disegani untuk meneruskan kesinambungan ilmu,” katanya.

 
Baca lagi di Harian Metro Online


Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah golongan ADAM ini semakin tidak berminat untuk belajar? Tidak bekerja keras, berusaha dan tiada lagi kemahuan untuk berjaya?

Bukan untuk menidakkan keupayaan kaum HAWA, namun sekiranya fenomena ini berterusan maka tidak hairanlah nanti wanita akan menguasai di mana-mana sektor dan lelaki hanya menguruskan hal-hal di rumah.....
 
read more...

RAJAGOPAL APA YANG KAU BUAT - VIDEO ULTRAS MALAYA BUAT RAJAGOPAL MENYEMBUNYIKAN DIRI

Hmm... baru satu perlawanan Piala AFF Suzuki diharungi oleh Harimau Malaya, namun kekecewaan dan ketidakpuasan hati kumpulan penyokong "ULTRAS MALAYA" seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Kekalahan yang TIDAK MASUK AKAL kepada pasukan Singapura semalam amat perit untuk diterima oleh ribuan peminat yang hadir.
 
 
 
 
 
 
 
Walaupun tidak adil meletakkan sepenuh kesalahan kepada Ketua Jurulatih Kebangsan itu, namun rentetan keputusan yang MENGHAMPAKAN sepanjang siri persahabatan menjelang Piala AFF ini serta sikap BERDOLAK-DALIK beliau sendiri menyebabkan SKUAD ULTRAS MALAYA sukar menerima kekalahan kepada Skuad Singa itu.
 
 
BB yang turut hadir ke Stadium Nasional semalam dapat merasai kekecewaan seluruh peminat Harimau Malaya yang berada dalam stadium. Mutu permainan khususnya APEK (Khairul Fahmi) amat-amat mengecewakan. Peminat-peminat di rumah dan warong-warong MAMAK juga pasti KECEWA dengan mutu permainan yang ditunjukkan oleh skuad Kebangsaan.
 
 
Mereka seolah-olah hilang ilham, tiada fokus dan yang paling utama adalah TIDAK BERSEMANGAT!!!!!
 
 
Kekecewaan ULTRAS MALAYA dapat kita lihat apabila kesemua mereka berkumpul di Bas Pemain bagi menyataka protes mereka.
 
 
 
 
 
 
Sementara itu, artis terkenal dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Fizo Omar  antara golongan artis yang hadir ke stadium turut kecewa dengan kekalahan Skuad Harimau Malaya.
 
 
 
read more...

Tiket dan Jersi Percuma #DemiHarimauMalaya Piala AFF 2012

Salam 1Malaysia!
 

Piala Suzuki AFF 2012, satu pertandingan dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kini menjelang! Selaku pemenang pada tahun 2010, Malaysia akan mempertahankan kejuaraannya bermula 25 November 2012 dalam peringkat kumpulan bertemu dengan Singapura, Laos dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.


YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan pemain negara dan memberi kata-kata semangat beliau kepada mereka. Kini giliran anda pula melakukan perkara sama!




 

Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada skuad kebangsaan, anda sebagai penyokong Harimau Malaya dijemput untuk menghantar mesej pembakar semangat kepada pemain-pemain negara di Twitter.


Mesej terpilih yang paling bersemangat dan kreatif akan memenangi tiket terhad untuk menyaksikan perlawanan ini. Mulakan mesej berkenaan dengan:
 

#DemiHarimauMalaya, saya akan ….......”

Seorang daripada pemenang tiket bertuah setiap perlawanan juga berpeluang untuk memenangi jersi Harimau Malaya terbaharu!

 




 
Peraduan ini akan bermula pada pukul 8 malam, 21 November hingga 9 pagi, 30 November 2012. Sebarkannya dan marilah kita sama-sama menyokong usaha pasukan kita untuk mencapai kemenangan!
 
Maklumat lanjut dan jadual perlawanan terdapat di sini: http://www.fam.org.my.
 

Admin
1Malaysia.com.my
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top