Nuffnang

EKSKLUSIF : Gambar DS Najib Solat Jumaat Di Beijing

Dalam rangka lawatan rasminya ke China, DS Najib beserta rombongan sempat menunaikan sembahyang jumaat di sebuah masjid di bandar Beijing hari ini.







read more...

AZIMAT!!! 7 Pesanan Al-Marhum Sultan Azlan Buat Pedoman

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, semalam, diratapi kerabat, pemimpin negeri dan negara serta rakyat jelata.

Pemerintahan baginda akan terakam kemas dalam lipatan sejarah negara, sebagai antara Sultan yang hebat, berjiwa rakyat, dihormati dan disegani di dalam dan luar negara.




Almarhum bukan sahaja menjadi pemerintah yang adil dan saksama, malah pandangan bernas baginda sentiasa menjadi pedoman kerajaan dan rakyat dalam pentadbiran berkerajaan, politik, ekonomi dan sosial.

Baginda yang pernah mengetuai Institusi Kehakiman dengan menjadi Ketua Hakim Negara, turut dihormati dalam dunia kehakiman.

Pada 3 Februari lalu, genap 30 tahun pemerintahan baginda. Majlis kesyukuran genap 30 tahun pemerintahan diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada hari berkenaan.

Pada hari bersejarah itu, Almarhum menitahkan supaya dizahirkan tujuh peringatan yang disampaikan melalui anakanda baginda, Raja Dr Nazrin Shah selaku Pemangku Raja Perak.

Tujuh peringatan berkenaan adalah: Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta, berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat tawaduk, kemanusiaan serta kasih sayang sesama insan, di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi.

Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi. Setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, di samping menerima ujian dengan penuh ketabahan selaras dengan maksud ayat 17 Surah Al An’Aam;

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia maha kuasa atas setiap sesuatu.”

Hargai anugerah Ilahi

Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dilaksana dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat, begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar, selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Ali ‘Imran bermaksud; “Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya.” Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.”

Negeri Perak dan negara Malaysia dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan rakyat disejahterakan.

Perpaduan rakyat hendaklah senantiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini adalah pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kepelbagaian itu adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami, saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak yang berfikiran sempit dan memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu agama, kaum, budaya dan bahasa.

Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang. Undang-undang tidak sahaja perlu digubal, tetapi lebih penting dihormati, dikuatkuasakan secara adil, saksama, malah dipastikan dilaksanakan secara adil tanpa prejudis, tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar, tanpa pilih kasih.

Tonggak kestabilan

Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan, keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan.

Raja pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak, tidak partisan, tidak berkepentingan demi menjamin keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan demokrasi, bertunjangkan doktrin pengasingan kuasa. -BH.

read more...

TERKINI!!! CERAI : Suami Abby Lafaz Dua Kali!!!

Suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, telah melafazakan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan ketika prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.




Salah satu lafaz cerai itu tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun ini bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, memberitahu mahkamah bahawa suaminya itu pernah berkata kepada seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.



Kes cerai Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar ditangguhkan kepada 11 Jun ini.



Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu.
read more...

BL1M : Jawapan Khairy Ditagih Rakyat @khairyKJ

Inisiatif BL1M merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO oleh Pemuda UMNO yang diketuai Khairy Jamaluddin.

Ketika sidang media dan Majlis Perlancaran Laman Web www.bl1m.my di PWTC pada 14 Januari 2013, Khairy berkara inisiatif tersebut akan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan.




Namun sampai hari ini, program BL1M yang digembar-gembur untuk meringankan beban rakyat tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Bila segala keluhan rakyat yang terlibat dalam program tersebut dengan mudah dikesampingkan oleh Khairy serta pihak terbabit.

Bagi seorang rakyat biasa yang bukan setaraf pemimpin BN, nilai RM190 yang telah dibayar untuk program tersebut bukanlah jumlah yang kecil.

Di Sarawak sahaja, difahamkan sekitar 70 ribu peserta telah membayar untuk memohon lesen melalui inisiatif BL1M. Bayangkan berapa banyak wang telah dikumpul oleh pihak terlibat, sedangkan program tersebut telah gagal separuh jalan.

Dilaporkan ramai peserta telah memohon agar wang yuran yang telah mereka bayar dikembalikan, namun langkah itu juga gagal dipenuhi oleh pihak penganjur.

Di Media Sosial perkara ini dibahaskan dengan kerap dan terbuka, tapi Khairy mahupun pihak penganjur tetap membisu seribu bahasa.




Rakyat butuhkan suara beliau yang lantang itu, Khairy yang memulakannya harus bertanggungjawab untuk mengakhiri masalah ini.

read more...

CERAI!!! Abby Failkan Tuntutan Hari Ini




Nampaknya khabar angin yang mengatakan rumahtangga pasangan Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar mempunyai masalah telah terjawab apabila ada laporan mengatakan bekas selebriti itu bakal memfailkan penceraian esok.

Abby Abadi dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pagi esok selepas usaha untuk menyelamatkan rumahtangga mereka tidak menemui jalan penyelesaian.

Menerusi laman sosial Instagram sebelum ini, Abby Abadi ada mengirimkan beberapa keping gambar memberi bayangan yang hubungan beliau dan suami dilanda masalah namun enggan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka.

Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand.








read more...

BIOGRAFI : Dalam Kenangan Al-Marhum Sultan Azlan 1928-2014


Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah, dikenali sebagai seorang yang bijak dan arif selain merupakan satu-satunya raja yang pernah menyandang jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara.

Walaupun pernah memegang jawatan Ketua Hakim Negara dari 1982 hingga 1984, baginda adalah seorang raja yang penuh sifat belas kasihan, rendah hati dan mudah memaafkan kesalahan orang.





Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari tadi. Almarhum berusia 86 tahun.

Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera iaitu Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.

Diputerakan pada 19 April, 1928 di Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak, Sultan Azlan Shah juga dikenali sebagai seorang yang mementingkan soal disiplin, kebersihan dan ketepatan masa.

Berpendidikan awal di Sekolah Kerajaan Inggeris Batu Gajah, yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf, dan menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Baginda kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom sebelum dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 1953.

Sekembalinya ke tanah air, baginda memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 1954.

Baginda menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu setahun kemudian dan dilantik sebagai Majistret Kelas Pertama pada 1956.

Berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan undang-undang, baginda pernah bertugas sebagai Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Undang-undang negeri, Timbalan Pendakwaraya, Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Pada 1965, baginda menjadi hakim termuda di negara Komanwel apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada usia 37 dan pada 1979 dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Sultan Azlan Shah berada di kemuncak bidang kehakiman apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 1982.

Baginda kemudian meletakkan jawatan pada 1984 setelah berkhidmat selama 30 tahun bagi menaiki takhta negeri Perak.

Sultan Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-34 selepas kemangkatan ayahanda saudaranya Sultan Idris Shah pada 3 Feb 1984.

Enam hari selepas itu, baginda dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun, dan pada 26 April 1989, baginda ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-Sembilan.

Baginda merupakan seorang ahli sukan yang aktif dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan bola sepak, kriket, olahraga, hoki dan golf serta pernah mengetuai kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Montreal di Kanada pada 1976.

Sultan Azlan Shah juga pernah dilantik sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa dan juga Presiden Persekutuan Hoki Asia.

Dalam bidang pendidikan pula, baginda merupakan Canselor Univeriti Malaya sejak 1986 dan telah menerima pelbagai anugerah kehormat daripada universiti dalam dan luar negara.

Antaranya ialah ‘Honorary Bencher’ dari Lincoln’s Inn, doktor kehormat undang-undang dari University Nottingham serta ‘Honorary Fellowship of the Royal College of Surgeons of Edinburgh’.
read more...

KEMALANGAN!!! Pelumba Basikal Negara Dirempuh Toyota Harrier!!!

Pemenang pingat emas Sukan SEA, Kimberly Yap cedera dalam satu insiden di Penchala Link ketika mengayuh basikal untuk pulang ke rumahnya pada Rabu.





Difahamkan, basikal yang ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipercayai Toyota Harrier.

Kimberly dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk mendapat rawatan.

Beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Laporan imbasan CT menunjukkan tiada kerosakan pada organ pentingnya.

Menurut doktor, Kimberly mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis.

Kemalangan berlaku pada pukul 8.45 pagi selepas dia berbasikal melepasi sebuah terowong.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top