Nuffnang

APE CER? Ada Parti Menyalak Seperti Anjing Di Sarawak!!!!




Tak habis-habis diorang ni. Selepas semenanjung diporak-perandakan, kini parti ini mula memperhebatkan serangan dan dakyah mereka di tanah Borneo.

Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berkata kerajaan negeri mengambil serius dalam mengurangkan jumlah penempatan setinggan di tanah kerajaan termasuk di Sungai Midin di Batu Kawa Kuching.

"Tuduhan oleh ADUN Batu Kawa dari DAP Christina Chiew Wang See bahawa kerajaan tidak menepati janji dan mengabaikan penempatan setinggan di kawasannya adalah tidak benar."

Beliau berkata demikian di Sidang Media di Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya Kuching hari ini.

"Ini yang telah kami lakukan kepada Sungai Midin yang asalnya tanah gambut dan dalam dua tahun kami telah membangunkan jalaraya dan akan membi9na rumah mersa," kata Johari sambil menunjukkan gambar kawasan yang dimaksudnya tersebut.

Tambahnya kerajaan juga telah berjaya mengurangkan jumlah setinggan dari sembilan ribu isu rumah kepada tujuh ribu isi rumah dalam tempoh dua tahun ini.

Terlebih dahulu Johari telah menjelaskan perkara didalam dewan semasa ucapan penggulungannya namun malangnya ADUN Batu Kawa yang telah membangkit perkara berkenaan tiada di Dewan semasa itu.

Jikalaulah benar-benar ikhlas mahu membangkit isu tersebut, ADUN yang bertanya soalan tersebut sepatutnya hadir untuk mendengar penjelasan menteri berkenaan.

read more...

#PolitikGanu : 3 Sudah, 3 Lagi Menyusul!!!!




Hahaha..... Kita lihat saper yang kena dalam percaturan game kali ini.

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta.

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.

Pagi ini pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam.

Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3.





Sekarang baru kita dapat menilai samda perjuangan parti atau perjuangan perut sendiri yang menjadi keutamaan. Masa berkempen bukan beria menyeru dan merayu kepada penyokong untuk meletakkan parti di atas segala-galanya, tapi perkembangan terbaru di Terengganu ini membuktikan segala-galanya. 

Terengganu Bakal diperintah PAS

Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar (MB), yang kemudiannya keluar dari parti UMNO, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Peguam Syahredzan Johan yang mengulas perkara tersebut berkata situasi di Perak membabitkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dari BN untuk merebut kerusi MB Perak mungkin bakal berulang di Terengganu.

Tambah beliau, jika terdapat undi tidak percaya yand dibuat di dalam Dewan, antara pilihan yang ada adalah untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri.

Namun Syahredzan turut berkata dalam kes di Perak, seseorang Menteri Besar boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN.
read more...

iPhone 5s : Tawaran Tukar Beli Terbaik Dari Maxis



Penyedia perkhidmatan komunikasi, Maxis Bhd, mempelawa rakyat Malaysia untuk menukar telefon pintar lama mereka kepada iPhone 5S baharu pada kadar harga tukar beli terbaik.

Maxis menawarkan harga tukar beli RM750 bagi mana-mana iPhone 4s atau Samsung Galaxy Note 2 (sebarang varian) dan RM500 bagi mana-mana iPhone 4 atau Samsung Galaxy S3 (mana-mana varian).

Ketua Perniagaan Pengguna Maxis Dushyan Vaithiyanathan berkata 'program Tukar Beli Naik Taraf Hebat' itu merupakan program pertama seumpamanya di negara ini, yang menawarkan pelanggan cara mudah untuk menaik taraf kepada peranti yang diingini.

"Menerusi program tukar beli ini, Maxis kini mempunyai mengenakan tahap kemasukan terendah untuk iPhone 5s (semua varian) bersama kontrak," katanya.

Untuk menukar beli peranti lama mereka, pelanggan boleh menyimpan data telefon dan membawanya ke mana-mana cawangan Maxis di seluruh negara untuk pemeriksaan pengesahan cepat sebelum memilih pelan iValue pilihan dan telefon.

Pelan iValue 1, 2 atau 3 bermula daripada RM100 setiap bulan selama 24 bulan kontrak. Pelanggan hanya perlu memastikan telefon dalam keadaan yang baik - peranti dapat dihidupkan dan dimatikan dan akses IMEI, skrin paparan berfungsi dan tidak retak, tiada butang rosak/hilang atau retak, dan 'Cari ciri iPhone saya' tidak dikunci (untuk iPhone sahaja).

Tawaran ini sah sehingga Julai 2014, atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my /tradeup. - Bernama
read more...

ANAK SETAN!!! Bapa Parah Dihentak Dengan Cangkul!!!



Seorang tukang rumah parah di kepala akibat dipukul dengan hulu cangkul oleh anaknya di Kampung Gerai di sini petang semalam.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk mendapat rawatan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria kejadian berpunca daripada si bapa yang berumur 46 tahun memarahi anaknya yang berumur 24 tahun kerana bertindak menjual enjin motosikal bapanya bagi mendapatkan wang.

Anak tersebut dilapor penagih pil kuda.

Beliau berkata suspek telah ditahan.

- BERNAMA
read more...

BERITA BAIK!!! KSN Umum Peluang Kenaikan Pangkat Lebih Baik (Skim Tertutup)




Penjawat awam dalam skim perkhidmatan tertutup bakal menikmati peluang kenaikan pangkat lebih baik dan peluang-peluang lain selepas kajian semula terhadap skim perkhidmatan mereka selesai.

Mengumumkan demikian, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, untuk itu sistem kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang akan diperkenalkan.

Beliau mengakui wujud kekangan kenaikan pangkat bagi penjawat awam di dalam skim perkhidmatan tertutup kerana ia terhad kepada jawatan sedia ada.

"Peluang kenaikan pangkat dan sebagainya adalah terhad. Ramai yang tunggu di bawah kerana ia seperti sistem piramid.

"Mungkin yang dapat (kenaikan pangkat) satu dua tetapi yang lain tidak dapat walaupun mereka sama-sama berkaliber dan telah berkhidmat lama," katanya.

Ini akan cuba diatasi, kata beliau pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di sini hari ini.

Turut hadir naib canselornya Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Menurutnya, penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan tertutup itu akan dilakukan secara berperingkat memandangkan implikasi kewangannya jika dibuat serentak secara menyeluruh.
Usaha menambaik skim terbabit sudah dilaksanakan di Jabatan Pertanian.

Ali berkata pihaknya kini melihat skim perkhidmatan di Jabatan Kastam; Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; serta Jabatan Geosains dan Mineral.




"Setakat ini 80 skim perkhidmatan telah pun dikaji semula dan bakinya sedang di dalam proses dan dijangka selesai tahun ini. Lebih 270 skim perkhidmatan akan selesai dikaji semula," katanya.

Beliau berkata, wujud banyak jabatan profesional di dalam skim perkhidmatan tertutup dan kajian semula itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada penjawat-penjawat awam.

Dalam pada itu, Ali berkata kerajaan akan membantu penjawat-penjawat awam memiliki rumah sendiri menerusi Skim Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia.

Pihaknya kata beliau, sedang mengenalpasti tanah-tanah yang sesuai diseluruh negara untuk didirikan projek perumahan berkenaan.

Rumah-rumah itu katanya, akan dijual pada harga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.
Terdahulu di dalam ucapannya, Ali berkata, rakyat Malaysia semakin peka, berpendidikan tinggi, dan menaruh harapan yang kian meningkat terhadap sistem penyampaian Perkhidmatan Awam negara.

Selaku penjawat awam katanya, mereka tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian, tetapi perlu sentiasa berusaha untuk mencapai tahap lebih baik dan lebih tinggi.

read more...

PENGAKUAN!!! Khalid Rasuah Pengundi Pemilihan PKR!!!




Kah...kah...kah.... Tuhan Itu Maha Kaya, Maha Adil. Mana Ambabiga ni? Pergi la buat demo BERSIH 5.0 khusus untuk pemilihan PKR. Baru la gua respect!!! Jangan buat DEMO TERPLIH je. Gua tuntut AMBABIGA buat demo kalau benar sayang dan cintakan keadilan dan tranparensi. Kalau tidak, amik ni, HAKKKKTUIH!!!

Seorang calon yang bertanding jawatan ketua bahagian PKR Kuala Selangor mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh tentang politik wang di Jeram melibatkan pesaingnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

S Manikavasagam berkata beliau akan mendedahkan perbuatan itu kepada umum tidak lama lagi.

Beliau berkata pesaingnya memberi suapan hingga RM50 bagi setiap undi dan beliau mempunyai bukti kukuh tentang perbuatan itu.

"Saya ada bukti dalam bentuk rakaman video (politik wang) dan saya akan muat naikkannya tidak lama lagi. Saya menerima aduan bahawa pemilih diberi rasuah RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua bahagian Kuala Selangor.

"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya kepada pemberita di tempat pengundian di Bestari Jaya di Kuala Selangor hari ini.

Manikavasagam, yang merupakan penyelaras kawasan negeri Bukit Melawati, juga menggesa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan segera terhadap dakwaan wujudnya amalan politik wang itu kerana ia boleh mencemarkan imej PKR.

Manikavasagam berkata beliau akan memfailkan bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR sekiranya beliau kalah dalam pertandingan satu lawan satu dengan Abdul Khalid bagi jawatan itu.

- Bernama


read more...

PAS Anggap DAP Wakilnya - kahkahkah..




GEORGETOWN - Pas mengisytiharkan sokongannya terhadap Ramkarpal Singh sebagai calon DAP pada PRK Parlimen Bukit Gelugor yang dijadual berlangsung pada 25 Mei ini.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, partinya menganggap calon DAP itu sebagai wakilnya sendiri dan akan memberi sokongan padu kepada anak ketiga mendiang bekas Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh itu.

“Kita beri sokongan penuh dan malam esok (hari ini), kita akan lancarkan jentera pilihan raya Pas untuk membantu DAP dalam PRK Bukit Gelugor,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon DAP di sini, semalam.

Mohamad Sabu, yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri memberitahu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir bagi memberi sokongan kepada calon DAP itu (Ramkarpal) pada hari penamaan calon, Isnin ini.

Mengenai ahli Pas Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63, yang menawarkan diri untuk bertanding, katanya Pas akan menyiasat kesahihan keanggotaan individu berkenaan.

Beliau berkata, Pas membuat keputusan tidak akan meletakkan calon dan jika benar individu itu adalah anggota parti, Pas tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk memecatnya. - Bernama
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top