Nuffnang

MUSYKIL!!! Ada Ker Carlsberg Tu Halal?





Imej diatas menjadi isu kerana umum ketahui Carlsberg adalah air minuman yang mengandungi arak .... maknanya Haram. Tak perlu nak tengok cuba try test isinya untuk ditentukan keHaramannya.

Carlsberg = Haram - Very the Simple and very the Mudah !

Tak kiralah tin itu dalam warna apapun, atau dalam bekas lain pun, asalkan namanya Carlsberg, ia adalah haram. Begitu juga jenama arak lain yang sudah diterima umum sebagai Haram.

Tidak tahu kebenaran akan gambar ini. Namun, pihak yang berkenaan perlu semak dan ambil tindakan proaktif bagi menjelaskan perkara sebenar!!!


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.

Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.



read more...

TUKAR : Tanda Tanya Di Sebalik Penukaran KSU KDN



Akhirnya pada 24 Dis 2013 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah membuat kenyataan bahawa KSU KDN, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi bertukar kementerian, menjadi KSU baharu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, mulai 1 Jan 2014.

Sungguhpun beliau menggantikan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf yang tamat tempoh perkhidmatan kontrak pada 4 Okt 2013, namun banyak pihak melihat pertukaran ini ada kaitan dengan isu Mat Sabu Syiah.

Datuk Seri Abd Rahim, 56, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya dan menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Jan 1983. 

Abd Rahim yang berkhidmat sebagai KSU KDN mulai 19 Mei 2012 itu, pernah berkhidmat sebagai Timbalan KSU (Keselamatan) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Korporat KDN.

Pada 12 Disember 2013, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi telah mendedahkan 10 bukti orang nombor dua Pas terlibat dengan fahaman Syiah.

Pendedahan KSU KDN itu dibuat ekoran ucapan Menterinya, Ahmad Zahid di perhimpunan agung Umno pada 2 hingga 7 Disember 2013 yang mengaitkan “orang nombor dua” parti PAS terlibat dengan Syiah.

“Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS" kata Zahid. 

Pendedahan KSU KDN itu telah menjadi “bahan lawak” di kalangan rata-rata pengguna media sosial.

Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah. 

Datuk Saifuddin Abdullah dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian,
komunis, Hindu?

"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu.

read more...

Tun M : Wujudkan Semula ISA!!




KUALA LUMPUR, 9 Jan – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.

Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.

“Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 ‘Hello On Two’, yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.

Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai undang-undang sedemikian.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau menyakitkan hati orang lain.

“Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini,” katanya.

Dalam rancangan itu, Dr Mahathir berkongsi pendapat dan rahsia termasuk rutin harian, falsafah perniagaan, dan rahsia kesihatan yang membuatkan beliau sentiasa sihat dan bertenaga pada usia 89 tahun.

Beliau turut menamakan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber inspirasi beliau, kerana kagum dengan kesabaran dan kehebatan Baginda semasa berhadapan dengan golongan yang membencinya, selain berjaya membangunkan masyarakat Islam yang bertamadun.

Rancangan itu diadakan sempena ulang tahun ke-11 Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ke empat sejak 1981 dan berundur daripada jawatan itu pada 2003, setelah menerajui pemerintahan negara selama 22 tahun.

Semasa rancangan sejam itu berlangsung, pelukis Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda melukis sebuah potret Dr Mahathir.(SUMBER)
read more...

AMUK!!! Lelaki Berparang Serang Sekolah!!!

“Saya tidak tahu kenapa lelaki itu datang mengamuk dan tergamak merosakkan motosikal saya dan beberapa rakan lain sedangkan kami langsung tidak mengenali dia,” demikian luahan seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan, 17.

Dia adalah seorang pemilik motosikal yang dirosakkan seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan batu, dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.




Menurut Mazlan, dia hanya mengetahui motosikalnya dirosakkan selepas diberitahu rakan sekelas sebaik keluar untuk ke kantin, memandangkan kejadian berlaku ketika waktu rehat.

“Saya memang nampak ramai pelajar berkumpul mengerumuni kawasan letak motosikal pelajar di luar pagar sekolah.

“Saya tak syak apa-apa sehinggalah dimaklumkan oleh seorang rakan, motosikal saya dirosakkan seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang dan batu,” katanya

Jelasnya, bukan motosikalnya sahaja menjadi mangsa, malah dua buah lagi turut mengalami nasib sama apabila dibaling dengan batu selain sembilan buah motosikal lagi telah dijatuhkan.

Katanya, difahamkan lelaki dipercayai berusia 18 tahun itu sudah datang ke sekolah itu dan mengurung seorang pelajar wanita di dalam tandas sekolah, kelmarin.

“Tapi, saya difahamkan perbuatan lelaki itu sempat dihalang pelajar lelaki yang kebetulan ternampak kejadian itu sebelum bertindak menghalaunya keluar dari sekolah,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang turut menyaksikan insiden itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zila, 40, berkata, sebelum kejadian, lelaki itu datang dan membuat bising lalu membaling batu ke arah motosikal milik pelajar yang diletakkan di luar pagar sekolah.

“Pada mulanya saya cuba memberanikan diri menegur perbuatan lelaki itu tetapi bila nampak dia pegang pisau, saya ambil keputusan bersembunyi dan melihat kejadian itu dari jauh kerana takut.

“Saya lihat lelaki itu masuk ke dalam kawasan sekolah dan tidak lama kemudian kelihatan dia dihalau keluar dan terus melarikan diri,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Hashim Mohd Zin berkata, siasatan awal mendapati tiada pelajar wanita sekolah itu yang didakwa dikurung di dalam tandas oleh lelaki terbabit, kelmarin.

“Memang semalam (kelmarin), lelaki itu ada masuk ke dalam kawasan sekolah, namun dia meminta izin dengan pengawal keselamatan dengan memberitahu untuk bertemu dengan seorang pelajar.

“Berdasarkan siasatan awal, kita dapati lelaki terbabit kurang siuman dan telah merosakkan 12 buah motosikal milik pelajar yang diletakkan di luar kawasan sekolah dengan pengawasan pengawal keselamatan bertugas,” katanya.

Katanya, lelaki itu difahamkan sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya mengakibatkannya mengalami gangguan mental, dan sebelum ini pernah berkeliaran di hadapan sekolah tetapi tidak menimbulkan kekacauan.

-Sinar Harian
read more...

RASUAH : Pegawai KHAS MENTERI Antara 3 DIREMAN!!



PUTRAJAYA 9 Jan. - Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap tiga individu termasuk pegawai khas seorang menteri bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan permintaan dan penerimaan wang sogokan berkaitan pemberian tender.

Majistret Nur Dahlia Azmi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman pegawai khas tersebut dan seorang ahli perniagaan selama empat hari bermula hari ini.

Seorang lagi yang berjawatan setiausaha direman tiga hari. Ketiga-tiganya direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah
read more...

GEMPAR!! Sami Budha "Solat" Dalam Surau Bersama Orang Islam?



Sekeping gambar yang memaparkan dua orang sami sedang solat sedang menjadi viral di media sosial selepas dimuat naik oleh blogger mustaqimmah.wordpress.com.

Sumber berkata gambar itu dirakamkan di sekitar Rantau Panjang selepas kejadian kebakaran besar yang menyebabkan pasar musnah tetapi hanya surau tidak dijamah api.




Namun sumber kesahihan berita tersebut masih gagal ditemui dan menyebabkan pelbagai andaian telah mula dikeluarkan pelbagai pihak.

Jika diteliti pada gambar,kelihatan dua lelaki berbaju sami seakan-akan sedang solat berjemaah bersama dengan makmum yang lain.Jemaah yang lain dilihat seperti menerima keadaan tersebut dengan hati terbuka.

Status dua lelaki itu masih menjadi tanda tanya sama ada telah memeluk Islam atau pun tidak.Pihak kami juga sedang mengumpul maklumat tentang status sebenar gambar ini.

read more...

SEGERA!!! Permohonan Secara Online Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2014


Bagi Yang Belum Memohon, Cepat-Cepatlah Mengisi Borang Permohonan




Permohonan Secara Online Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2014 





SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BR1M 2014 

  1. Warganegara Malaysia 
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah 
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah 
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah 

• Sila kemukakan salinan:

(i) MyKad bagi pemohon; dan 

(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 


• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014


**NOTA


1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak. 

2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.



TAMBAHAN :


Menurut kenyataan itu, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember 2013, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.


Cara kemaskini BRIM 2014 secara Online




Berikut disertakan cara-cara bagi mengemaskini data bagi mereka yang pernah menerima BRIM 2.0 sebelum ini.

1. Mula-mula sila masuk ke SINI pilih sama ada permohonan baru atau kemaskini.

2. Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 2.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan.
3. Pilih untuk mengemaskini data seperti:-
    a. No telefon rumah
    b. No telefon bimbit
    c. Pekerjaan
    d. Maklumat bank
    e. Alamat e-mel
    f. Alamat surat menyurat terkini

4. Setelah mengisi semua yang dirasakan perlu contoh alamat baru atau maklumat bank dan masukan kod pengesahan akan keluar satu "dialog box" untuk pengesahan.

5. Tandakan pada kotak saya setuju dengan terma dan syarat di atas dan klik pada kotak setuju dan hantar.

6. Satu dialog box akan keluar dan memberi tahu yang permohonan telah berjaya di kemaskini.

7. Sedia untuk cetak.

8. Selesai.

UPDATE: Sah! BR1M di Bayar Terus Ke Akaun Bank
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top