Nuffnang

PAC - Perbelanjaan K-POP Dan Hari Belia "JUSTIFIED"



Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan penjelasan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung perbelanjaan semasa sambutan Festival Belia Negara 2012.

Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu mendapati tiada sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur dalam penganjuran dan perbelanjaan festival itu termasuklah konsert tiga kumpulan pop Korea yang mencetus kontroversi sebelum ini.

"Beliau memberikan jawapan yang memuaskan tentang polisi dan proses yang berlangsung tahun lalu.

"Kami tak bercadang untuk memanggil beliau semula," katanya selepas mendengar penjelasan menteri komunikasi dan multimedia itu selama kira-kira dua jam setengah bermula jam 11 pagi tadi.

Shabery bertanggungjawab ke atas Festival Belia Negara 2012 itu dalam kapasitinya semasa menjawat jawatan menteri belia dan sukan tahun lalu.

Shabery dalam sidang media selepas itu menjelaskan bayaran kepada tiga kumpulan pop Korea yang membuat persembahan itu berjumlah RM900,000.

Katanya, beliau turut menjelaskan kepada jawatankuasa PAC bahawa kerajaan mendahulukan pembayaran untuk konsert tersebut pada bulan Mac tahun lalu sebelum menerima tajaan wang tunai sebanyak RM2.3 juta untuk penganjuran festival berkenaan.

Ia merupakan sebahagian daripada tajaan keseluruhan berjumlah RM30 juta yang meliputi tajaan dalam bentuk lain, sebanyak RM26 juta, dan tajaan penganjuran acara lain.

Menurutnya lagi, penganjuran festival itu menjadi perbincangan ramai apabila fokus diberikan kepada konsert K-pop itu sahaja yang merupakan satu daripada lebih 500 acara yang dianjurkan.

Sedangkan, acara itu berjaya mencapai matlamatnya apabila menarik kira-kira 2.4 juta orang pengunjung dengan anggaran pulangan ekonomi berjumlah RM140 juta, kata Shabery.

"Alhamdulilah, saya rasa perbelanjaan itu justified (wajar) malah, PAC menggalakkan agar ia diteruskan," katanya.
read more...

KEMALANGAN!!! Menteri Cedera, Pengawal Peribadi Parah!!!




Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu.

Akibatnya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, Rabu malam.

"Kecederaan Datuk Seri (Dr Subramaniam) tidak serius manakala pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam 'operating theater' (dewan bedah) Hospital Besar Melaka.

"Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera.

Chuah berkata lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori terbabit.

Sementara itu, Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata Dr Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov di sini.

Ambulans yang membawa Dr Subramaniam tiba Hospital Besar Melaka pada pukul 11.10 malam dan beliau berbaring dalam keadaan sedar dengan 'neck braces' dipasang di leher bagi menyokong lehernya yang cedera.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melawat menteri berkenaan di Hospital Besar Melaka.

- SUMBER
read more...

GANTUNG SAMPAI MATI!!!! Tiada Pengakuan Direkodkan!!





Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah membunuh dengan niat pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib dengan menembak muka mangsa sehingga mendatangkan kematian.

Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib.

Laode yang dibawa masuk pada jam 10.45 pagi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B Elena Hong Tze Lam.

Bagi pertuduhan pertama, Laode didakwa membunuh Norazita di Bangunan AmBank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang, pada 23 Oktober 2013.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Laode didakwa melakukan kesalahan merompak dengan menggunakan senjata ‘pump gun’ dengan niat menyebabkan kematian Norazita, di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta.
read more...

TERKINI!!! Ketua TUHAN HARUN Ditahan!!


Gambar Fail

KUANTAN: Lelaki dipercayai ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, ditahan polis di Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisoner Mohd Zakaria Ahmad berkata, turut ditahan dalam serbuan itu dua lagi pengikut yang dipercayai anak dan isterinya. 

Katanya, ketiga-tiga mereka mempunyai waran tangkap dan dikehendaki Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kes ajaran sesat selain dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek.

read more...

UGUT KELUAR PAKATAN : PAS P. PINANG KENA BELASAH MEDIA PR!!!




Seperti dijangka, suara PAS Pulau Pinang sendiri dikutuk dan diperlekeh-lekehkan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang. Sebelum ini PAS Pulau Pinang membuat kenyataan akhbar yang dikritik hebat oleh media pro-pembangkang.

Apakah suara mereka 'berbisa' dan mahu dipedulikan oleh Lim Guan Eng DAP dan Pakatan negeri Pulau Pinang?




BACA LAGI DI SINI
read more...

CALON DIGAMBARKAN ANJING : Pemilihan Pemuda PAS Yang Memualkan!!!



PAS akan menyiasat kejadian itu di mana muka calon ketua pemuda Zulhazmi Shariff telah disunting menjadi 'imej anjing' dan diedarkan secara meluas di Facebook, demikian ujar setiausaha agung Mustafa Ali.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Mustafa berkata, mereka mahu memberi tumpuan kepada pemilihan parti sebelum meneruskan dengan siasatan.

Mustafa berkata, beliau telah memberi jaminan Zulhazmi bahawa PAS akan menjalankan siasatan dan menasihati beliau supaya tidak membuat laporan polis, freemalaysiatoday dipetik.

Beliau juga berkata bahawa PAS mempunyai sendiri pakar IT mereka untuk menjalankan siasatan.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan hal tersebut," katanya. 

"Saya tidak pasti sama ada yang melakukan itu adalah ahli PAS atau tidak, tetapi sudah tentu orang yang terlibat perlu menghadapi akibatnya. Mari kita menyiasat terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu Mustafa berkata semua persiapan untuk muktamar PAS ke-59 minggu ini telah selesai.

"Setakat ini tidak ada aduan atau apa-apa dari mana-mana calon," kata beliau. Mustafa berkata bagi jawatan timbalan dan ke atas, calon-calon boleh memilih untuk mempunyai wakil mereka sendiri masing-masing untuk memantau pilihan raya.

" Wakil mesti menjadi ahli PAS, " dalam mengulangi mata beliau.

Mustafa berkata pilihan raya bagi jawatan Ketua Pemuda dan Muslimah akan diadakan di Pusat Sivik PJ dan Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam , masing-masing pada hari Khamis.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan kepimpinan pusat PAS akan diadakan di Stadium Melawati, Kuala Lumpur pada hari Jumaat. "Saya harap pemilihan akan berjalan lancar."
read more...

TAKDIR : Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul..BANTU SEKADAR MAMPU



Bantuan boleh disalurkan kepada Mohd Esa (bapa) di talian 013-5195877 atau 019-5447188 atau menderma melalui akaun simpanan CIMB ibunya, Asiah Jusoh bernombor 0208-0036497-52-8.


Dulu dia seorang kanak-kanak yang periang, manja dan juga penghibur kepada keluarga.

Kenakalannya mengusik abang dan dua adik perempuannya tetap menjadi hiburan kepada pasangan Mohd Esa Mohd Rejab dan Asiah Jusoh yang tinggal di Taman Sungai Kob.Bagaimanapun, ia berubah apabila anak kedua mereka, Mohd Arif Wajdi, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular sering tidak hadir ke sekolah kerana sentiasa mengadu sakit dan lenguh pada kaki kanannya.

Mohd Esa berkata, kejadian berlaku April lalu ketika di sekolah. Menurutnya, dua rakan tertendang kaki kanan anaknya bagaimanapun tidak diendahkan Mohd Arif.

"Masalah berlarutan sehingga paha kanannya mula membengkak.

Mohd Arif kemudiannya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum diarahkan doktor mendapatkan nasihat pakar di Hospital Kulim.

"Setelah pemeriksaan dijalankan, dia diarahkan untuk menerima rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang," katanya.

Masalah bertambah berat Mohd Esa berkata, pembedahan kecil dijalankan pada paha kanan anaknya itu dan doktor mengesahkan Mohd Arif menderita akibat penyakit barah tulang.

“Sehingga kini, pelbagai kaedah sudah dilakukan dan doktor menasihatkan supaya Mohd Arif menjalani perubatan kemoterapi. Bengkak yang ada pada pahanya semakin membesar dan ini membuatkan dia tidak boleh berdiri atau duduk.

"Selain paha, di bahagian umbun kepala anak saya itu juga mula membengkak dan matanya tidak dapat melihat akibat penyakit dialami.

Kos rawatan yang diperlukan mahal dan ubat barah yang dibekalkan kepadanya berharga RM1,000 dan ia hanya dapat bertahan selama sebulan.

Selain itu anak kami terpaksa memakai lampin pakai buang,” katanya.

Katanya, pendapatan yang diperoleh sebagai jurujual dan isterinya sebagai guru tidak mampu untuk menampung kos perubatan anak mereka.

Mohd Esa meminta jasa baik orang ramai dan mana-mana agensi untuk membantunya bagi membolehkan Mohd Arif mendapatkan rawatan dengan segera.

Rakan sering bertanya khabar Selain itu, khidmat dari Majlis Kanser Negara (Makna) sangat diperlukan bagi membolehkan anaknya dapat ditempatkan ke hospital pakar di Kubang Kerian, Kelantan.

Masalah berkenaan dimaklumkan kepada pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan bantuan diberikan kepada Mohd Arif.

Abangnya, Mohd Nasrul Ashraf, 12, berkata, dia sering membantu adiknya.

“Saya beri dia makan dan menjaga setiap hari. Adakalanya saya mengurut perut dan kakinya apabila dia berasa tidak selesa.

"Saya sedih melihat keadaan adik dan mahu dia cepat sembuh. Mohd Arif pun sudah lama tidak pergi sekolah. Semua kawan-kawan di sekolah sering bertanyakan khabarnya,” katanya.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top